Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin dapatkan pandangan mengenai penggunaan istilah berikut untuk bidang perpustakaan i) Pakejan Maklumat ii) Pemakejan Maklumat iii) Pempakejan Maklumat Untuk makluman, dalam bahasa inggeris istilah yang digunakan adalah "Information Packaging". Istilah ini digunakan bagi subjek terkumpul untuk sesuatu bidang. Sekiranya istilah diatas tidak boleh digunakan, mohon DBP untuk mencadangkan istilah yang lebih tepat/sesuai. Sekian. Terima kasihIstilah "Information Packaging" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan jika istilah ini merujuk subjek terkumpul untuk sesuatu bidang atau hasil maka kami cadangkan frasa Pakejan Maklumat digunakan. Walau bagaimanapun jika "Information Packaging" ini merujuk kepada proses maka frasa Pempakejan Maklumat adalah lebih sesuai.Istilah11.08.2011
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan IvBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham);  5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah  I, II, dan III.  Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut.Tatabahasa24.06.2010
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011
Senarai Majalah dalam kategori i) Sukan ii) Kereta iii) HiburanMajalah DBP tidak ada dalam kategori sukan, kereta, dan hiburan. Yang ada hanyalah kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa; serta bidang: Bahasa, Sastera, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,dan  Ekonomi dan Perniagaan.Lain-lain19.01.2008
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden

Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut:

i.    Tentang perjuangan kaum wanita.

ii.    Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya.

iii.   Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita.

iv.   Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air.

Sekian dan wassalam.

Lain-lain12.03.2009
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
bagaimana kita nak berurusan dengan tokoh sastera dan bahasa untuk tujuan temuramah? saya seorang pelajar UPSI,di minta membuat kerja kursus berkaitan tokoh,,,Persediaan awal sebelum menemuramah tokoh sastera dan bahasa, antaranya ialah mengkaji latar belakang tokoh, taraf pendidikan, bidang dan kepakaran tokoh yang dipilih, penglibatan dalam organisasi atau badan-badan amal, sumbangan dan karya-karyanya. Dalam hal ini, bagi memperlengkapkan maklumat dan persediaan di pihak sdr, sdr bolehlah merujuk kepada buku Wawancara, (terbitan DBP) karya Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar  dan buku Jambak I, Jambak II, Jambak III dan Jambak IV (terbitan DBP) yang  diselenggarakan oleh Kemala. Sekian dan salam.Lain-lain27.07.2009
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih.

1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu.

2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat.

Istilah02.04.2010
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
12

Kembali ke atas