| apakah definisi sistem perolehan kerajaan? sekian, terima kasih | Saudara perlu mengenal pasti sistem perolehan kerajaan yang dimaksudkan, konsep dan bidangnya. | Lain-lain | 04.06.2010 |
| Apakah maksud 'kelarian'? Bagaimanakah penggunaan bahasa 'kelarian'? Thank you =) | Perkataan "kelarian" tiada dalam pangkalan data kami. Untuk memudahkan pencarian makna, sila nyatakan bidangnya. | Tatabahasa | 03.08.2018 |
| contoh ayat yang menggunakan perkataan di bwh utk menunjukkan mksud perkataan tersebut & kaitknnya dgn paradigmatik, sintagmatik, kebudayaan & hipotesis sapir whorf. (ibu, sastera, pendeta, putera, baju) | Soalan sdr terllalu luas bidangnya. Perlu disempitkan dan soalan tersebut lebih berbentuk ilmiah. Kalau hendak dibincangkan hipotesis sapir whorf, kami berpendapat lebih baik sdr merujuk buku atau tulisan yg membicarakan hipotesis tersebut. Untuk itu sdr hendaklah melihat tesis atau disertasi yg pernah ditulis oleh orang lain yg menyentuh persoalan tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 12.09.2008 |
| apakah yang dimaksudkan dengan pembentukan istilah? | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yg khusus yg terdapat dlm sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yg tepat bagi konteks bidangnya. Manakala pembentukan istilah meliputi kerja-kerja membina istilah iaitu pemilihan kata atau frasa drpd perbendaharaan yg sedia ada dlm bahasa Melayuberdasarkan syarat-syarat tertentu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Makna | 06.08.2007 |
| saya hendak tahu tentang makna istilah dan juga langkah-langkah membuat pengistilahan. | Istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Langkah-langkah membentuk istilah baharu ialah dengan melihat konsep sesuatu istilah itu, sama ada konsep tersebut sudah ada atau konsep yang baharu. Jika konsep sudah ada, maka pemerolehan istilah dibuat melalui pemantapan atau pemadanan. Pemadanan istilah pula dilakukan dengan empat cara iaitu penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing serta gabungan penterjemahan dan penyerapan. Tetapi jika konsep sesuatu istilah itu belum ada, maka istilah yang baharu akan dicipta. | Lain-lain | 11.10.2006 |
| 1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |
| Salam tuan, apakah maksud etos dan contohnya dalam masyarakat? | Dalam Kamus Dewan Perdana, etos bermaksud: etos n ciri, sikap dsb yg khusus bagi sst bangsa, budaya, era dsb. Antara contoh ayat yg terdapat dalam Korpus DBP: 1. 1. Sebagai orang yang terlatih dalam bidangnya, wartawan juga mempunyai etos dan tanggungjawab tertentu. 2. 2. Kita harus berusaha mengekalkan etos perkhidmatan cemerlang. 3. 3. Kehalusan budaya dan adat inilah yang membentuk etos kemelayuan. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan. Terima kasih. | Makna | 05.03.2023 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing). | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu. | Istilah | 27.12.2018 |
| bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulis | Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. | Lain-lain | 09.02.2008 |
| Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |