| Untuk approval papan iklan Big Tree bagaimana saya hantar dan dapat approval dari pihak tuan? | Pihak Big Tree telah banyak membuat pengesahan iklan sama ada secara dalam talian atau perkhidmatan kaunter. Sila bertanya kepada pihak Big Tree yang biasa menguruskan permohonan berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.10.2017 |
| Nama Syarikat : Big Five Sdn. Bhd. Jenis Pengesahan : Iklan Tajuk Iklan : Gold Choice Coffee | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 23.09.2013 |
| Apakah penterjemahan untuk istilah Big Data, istilah teknologi maklumat? | Big Data diterjemahkan kepada Data Besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2014 |
| Senior Manager, Big Bike Business | Istilah bahasa Melayu untuk "Senior Manager" ialah Pengurus Kanan. Cadangan terjemahan bahasa Melayu untuk "Big Bike Business" ialah Motosikal Berkuasa Tinggi. | Istilah | 09.04.2013 |
| Big 5 Personality digunakan dalam bahasa malaysia adakah Personaliti Lima Besar atau Personaliti Lima Utama? Mohon penjelasan | Cadangan padanan jawapan bagi ayat "Big 5 Personality" ialah "Lima Sifat Utama Personaliti". | Lain-lain | 25.07.2023 |
| Senior Manager, Big Bike Business dalam bahasa Malaysia ? Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Senior Manager" ialah Pengurus Kanan. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk "Big Bike Business" ialah Perniagaan Motosikal Berkuasa Tinggi. | Istilah | 09.04.2013 |
| TERJEMAHAN TEPAT BAGI INISIATIF: BIG DATA DAN OPEN DATA PIHAK KAMI TELAH TERJEMAHKAN SEBAGAI: DATA RAYA DAN DATA TERBUKA ADAKAH MEMATUHI NAHU BAHASA MELAYU. MOHONKHIDMAT NASIHAT | Cadangan kami Big Data dan Open Data diterjemahkan kepada Data Besar dan Data Terbuka. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2015 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "big wall climbing", "free wall climbing", "free climbing" dan juga "free soloing" dalam konteks sukan pendakian dinding/batu. Rujuk: https://www.evorock.com/blog/2016/07/13/3694/#:~:text=In%20free%20climbing%2C%20the%20climber,in%20case%20of%20a%20fall. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah big wall climbing ialah panjat tembok besar, free wall climbing ialah panjat tembok mandiri, free climbing ialah pendakian mandiri dan free soloing climbing ialah pendakian solo mandiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2022 |
| Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih. | Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana. | Ejaan | 13.03.2012 |
| Zainuddin Ahmad 10:52AM Aslmkm, DBP. Cuba susul dgn KPDNKK ADUAN saya bth 2 Ogos 2016 mengenai kelalaian pengurusan EON BIG menggunakan bahasa Melayu di pasarayanya di seluruh negara khususnya di cawangan seksyen 23 Shah Alam. Sehingga ptg ini tiada maklumbalas. Perkara sama dah disampaikan kpd Pn Putri DBP KL secara lisan melalui talipon pada 2 Ogos 2016. Aduan TERUS melalui sistem Aduan DBP gagal secara teknikal. No Aduan dlm sistem Aduan KPDNKK adalah 01611675. Pohon susullah dgn KPDNKK Putrajaya (038826082/6245) mahu pun KPDNKK Shah Alam (03-55107426). No tel saya: 03-55450731). Terima kasih. | Wkslm aduan tuan telah kami terima untuk tindakan lanjut pihak DBP membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu di AEON BIG seksyen 23, Shah Alam. Buat masa ini kami masih lagi menganalisis penggunaan bahasa Melayu di pasar raya tersebut. Segala tindakan dan teguran akan dibuat selepas laporan analisis tersebut siap sepenuhnya. Sekian terima kasih | Lain-lain | 25.08.2016 |