bihun atau mihun?Perkataan manakah yang betul? | Ejaan yang betul ialah mihun, iaitu sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras). Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 16.05.2020 |
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ? | Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa). Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.
| Lain-lain | 27.08.2015 |
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun? | Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus. | Tatabahasa | 05.08.2010 |