Selamat pagi. Saya masih musykil tentang penggunaan "belaka" a) Murid-murid itu amat bijak-bijak belaka. b) Murid-murid itu amat bijak belaka. c) Murid itu bijak-bijak belaka. d) Murid itu amat bijak belaka. Yang manakah betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: b) Murid-murid itu amat bijak belaka. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
bagaimana menulis nama: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak 2. | Konsep 'Klik dengan Bijak' | Tatabahasa | 11.12.2012 |
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic) | 1. Konsep 'Klik dengan Bijak' 2. Internet 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tatabahasa | 11.12.2012 |
1. bijak mengurus masa atau bijak menguruskan masa? 2. (a) ... gajah, burung, dan lain-lain lagi. (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (c) ... gajah, burung, dan sebagainya. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. Manakah penggunaan tanda koma yang betul? 3. dalam pengiraan perkataan untuk UPSR Kertas 2 Bahagian C, PMR Kertas 2 Ringkasan, berapakah perkataan untuk "ibu bapa", "alam sekitar"? | 1. Frasa yang tepat ialah bijak menguruskan masa. 2. Penggunaan tanda koma yang betul ialah (b) ... gajah, burung dan lain-lain lagi. (d) ... gajah, burung dan sebagainya. 3. Perkataan "ibu bapa"dan "alam sekitar" mempunyai dua patah perkataan. | Tatabahasa | 19.05.2013 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BIJAK DENGAN BIJAKSANA??? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bijak bermaksud pandai, cerdik. Bijaksana pula bermakna berakal budi, arif, pandai. Untuk keterangan lanjut dan mnegetahui makna perkataan sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 03.09.2008 |
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih. | Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh. | Makna | 10.07.2012 |
Adakah frasa "hal ini kerana Ali seorang pelajar yang bijak" adakah gramatis? | Ayat yang betul ialah "Hal ini demikian kerana Ali ialah seorang pelajar yang bijak". | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Maksud cikgu perkataan lembab tidak wujud? adakah lembap boleh disaling tukar penggunaannya utk membawa maksud tidak bijak/kurang kemajuan? terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , perkataan lembap bermaksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. | Makna | 17.06.2008 |
wujud tak perkataan lembab atau lembap? yg mana membawa maksud keadaan yg berair dan yg mana membawa maksud kurang/tidak bijak? terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat yang wujud perkataan lembap dengan maksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. | Makna | 16.06.2008 |
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIH | Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. | Tatabahasa | 07.10.2010 |