Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PENJODOH BILANGAN YANG TEPAT UNTUK BUNGA KUBIS / BROKOLI ?Penjodoh bilangan untuk bunga kubis ialah biji. Biji merupakan penjodoh bilangan untuk jenis-jenis buah, sayur-sayuran dan benda yang kecil.Tatabahasa09.09.2013
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pisang jika setelah dipotong daripada tandan? Penjodoh bilangan biji tidak sesuai digunakan kerana melambangkan cuma satu biji pisang. Jika, beberapa biji pisang di dalam tangkai yang sama adakah disebut setangkai?Terima kasih.Penjodoh bilangan yang boleh digunakan ialah sesikat pisang.Tatabahasa15.11.2013
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
buah - biji - penjodoh guni - helaiseperti di atasTatabahasa24.05.2008
1. Dua ekor ayam. 2 Lima biji durian. Dalam frasa di atas ekor dan biji ialah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan termasuk dalam golongan kata apa? Daripada 16 kata tugas, penjodoh bilangan tidak tersenarai. Apakah golongan kata bagi penjodoh bilangan?Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106.Istilah11.07.2009
Apakah perbezaan diantara penjodoh bilangan biji dan buah? Bilakah ia digunakan.Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.Tatabahasa29.09.2006
Puan, Bolehkah kita gunakan penjodoh bilangan "biji" untuk "bibir"? Ayat: Miki memiliki sebiji bibir yang cantik. Jika "biji" tidak sesuai untuk dipakai, jadi apakah cadangan puan? Tolong berikan tunjuk ajar. Terima kasih.

Saudara/saudari,

Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas'  boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir.

"Seulas bibir"

Tatabahasa21.07.2013
Tuan, apakah penjodoh bilangan bagi botol. adakah biji atau buah. terima kasih

Penjodoh bilangan biji biasanya digunakan untuk buah atau benda kecil.  Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu). Dalam hal ini kata buah lebih sesuai.  

Tatabahasa25.07.2008
Adakah ayat-ayat yang berikut betul? Jika salah, bagaimanakah ayat itu perlu dibina? 1. Berapakah biji epal dia makan? 2. Berapa biji epalkah dimakannya? 3. Buku itu ditulis olehnya. 4. Buku itu ditulisnya. 5. Buku itu ditulis oleh dia. 6. Berapakah lama dia mandi? 7. Berapa lamakah dia mandi? 8. Bukit manakah yang didakinya? 9. Bukit yang manakah didakinya? 10. Apakah yang dibawa Ali? 11. Ali yang membawa beg. 12. Ali membawa beg. 13.Cikgu menulis di atas papan hitam. 14. Cikgu menulis pada papan hitam.Ayat yang betul ialah ayat 1, 3, 4, 5, 7, 8, 9, 11, 12, 14. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Ediis Ketiga, halaman 441 bagi membantu saudara memahami aspek ayat tanya.Tatabahasa11.03.2010
1234

Kembali ke atas