Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isi buah yg dapat ditanam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji buah

Puisi
 

Buah kesebak terasa manis,
     Mari dicampur biji selasih;
Bercerai emak tidak menangis,
     Inikan pula bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Lili menghulurkan seplastik buah oren kepada Siti. Tuan, ada perkataan lain tak yang boleh saya guna untuk menggantikan perkataan seplastik?Buah oren boleh dibilang, lazimnya kita menyebut berdasarkan bilangan seperti satu biji buah oren atau dua biji buah oren. Jika buah tersebut dibungkus bolehlah digunakan satu bungkusan buah oren.Tatabahasa17.05.2012
Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP.Istilah28.10.2016
Saya membeli banyak buah. Ayat di atas dianggap salah kerana melanggar hukum binaan frasa kerja aktif transitif, iaitu kata kerja aktif transitif 'membeli' tidak diikuti terus oleh objek. Namun demikian, mengapakah ayat di bawah ini dianggap betul? Saya membeli tiga biji buah. Sedangkan 'banyak' dan 'tiga' merupakan kata bilangan yang boleh digunakan dalam binaan frasa nama. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa11.06.2016
Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan penjodoh bilangan "biji" dan "buah"? Contohnya: (1) Biji durian atau buah durian (2) Biji epal atau buah epal Terima kasih

Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan untnk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.

Penggunaan perkataan buah dan biji dalam “buah durian” dan “biji durian” bukanlah penjodoh bilangan.

 Penjodoh bilangan untuk durian ialah “biji”  iaitu “sebiji durian” bukan “sebuah durian”. Ayat “sebiji buah durian” boleh membantu anda memahami penjodoh bilangan.

Tatabahasa13.02.2014
buah - biji - penjodoh guni - helaiseperti di atasTatabahasa24.05.2008
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
APAKAH PENJODOH BILANGAN YANG TEPAT UNTUK BUNGA KUBIS / BROKOLI ?Penjodoh bilangan untuk bunga kubis ialah biji. Biji merupakan penjodoh bilangan untuk jenis-jenis buah, sayur-sayuran dan benda yang kecil.Tatabahasa09.09.2013
Apakah padanan "Jus buah biji keras" bagi "stone fruit juice" adalah berul?Cadangan yang sesuai ialah "JUS PEPAUH".Istilah17.08.2021
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
Makna02.10.2009
Apakah perbezaan bagi prasa 'bijiran' , 'bijian' dan 'biji-bijian'?
Bijiran merujuk bijirin. Bijirin merujuk biji-bijian.
Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. 
Biji-bijian: Segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain).
Makna13.06.2014
123

Kembali ke atas