Sama ada padanan bagi perkataan "whole" dalam ayat di bawah ini iaitu "keseluruhan" adalah tepat dalam konteks ayat. Puri tomato 218. (1) Puri tomato hendaklah merupakan hasil produk yang diproses haba yang dibuat daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya daripada tomato dalam bentuk asalnya yang baik dan masak serta telah dibuang kulit dan bijinya yang diproses menggunakan haba, dan yang dipekatkan untuk mengeluarkan menghasilkan suatu hasil produk yang mempunyai graviti spesifik khusus yang tidak kurang daripada 1.050 (20°C/20°C). Ia hendaklah dipek dalam bungkusan kedap udara dan diproses dengan haba untuk mengelakkan daripada menjadi busuk kerosakan. Tomato puree 218. (1) Tomato puree shall be the heat processed product made from whole, sound, and ripe tomatoes, with the skin and seeds removed, concentrated to yield a product with a specific gravity of not less than 1.050 (20°C/20°C). It shall be packed in hermetically sealed packages and processed by heat to prevent spoilage. Padanan asalnya adalah "tomato dalam bentuk asalnya". Sama ada terdapat padanan lain yang lebih wajar. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Puri tomato dihasilkan daripada keseluruhan tomato yang baik dan masak yang dibuang kulit dan bijinya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2021 |
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |