Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bil akan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semasa beli-belah dalam talian, kita akan perlu tekan butang "checkout"sebelum menjelaskan bil. Adakah "pembayaran" penterjemahan yang sesuai untuk "checkout"?Dalam data kami checkout diterjemahkan kepada semak habis atau semak keluar.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2014
Salam sejahtera. Adakah "Bill of Public Health" sesuai diterjemah sebagai Rang Undang-undang Kesihatan Awam? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu Bill of Public Health bergantung pada konteks ayat.  Jika istilah ini digunakan dalam bidang ekonomi ia bermaksud bil kesihatan awam, akan tetapi jika digunakan dalam bidang pentadbiran atau undang-undang, ia bermakna Rang Undang-undang Kesihatan Awam.Penyemakan dan penterjemahan09.05.2014
Bahagian Lembar Bahasa di web terdapat satu kesalahan. Bil. 442, Segelintir daripada pemohon-pemohon (Salah)  Segelintar daripada pemohon (Betul) [2/2003(11)] Kesalahan: SegelintarTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak kami akan menyemak perkara ini.Lain-lain29.05.2008
Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ

Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati  atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak  DBP adalah seperti yang berikut:

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

 Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain08.10.2008
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP.Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna.Lain-lain10.05.2013
Maksud perkataan "sasana" seperti dalam ayat ini: YBrs. Dr/tuan/puan, Saya dengan hormatnya merujuk kepada perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) bertarikh 21 September 2017, mengenai perkara di atas. Keputusan YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan Sasana Bahasa dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2017 bertarikh 19 Julai 2017 dan Mesyuarat Prapelaksanaan Sasana Bahasa Bil. 1 Tahun 2017 telahpun diadakan pada 27 Julai 2017 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaime Mahbar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) adalah jua dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan MESYUARAT PELAKSANAAN SASANA BAHASA BILANGAN 1 TAHUN 2017 seperti butiran berikut: Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam 62510 PUTRAJAYA.Kata sasana belum terakam dalam data DBP.  Pencarian kami menemui kata sasana berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud lokasi, pusat, bangunan atau arena di mana masyarakat berkumpul untuk bermesyuarat. Frasa ‘sasana bahasa’ dalam pertanyaan puan boleh membawa maksud lokasi, pusat, arena, mesyuarat, majlis berkaitan isu atau program bahasa.Makna28.09.2017
MINIT MESYUARAT 1) Bagi institusi pendidikan,siapa yang perlu menandatangani ruangan 'Disemak oleh' dan Disahkan oleh" 2) Bagaimana untuk menulis agenda di dalam minit yang tidak berkotak? Kebiasaannya saya akan tulis 'AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT' Adakah betul penggunaan perkataan AGENDA?Bergantung kepada gaya penulisan jabatan masing-masing, ada minit mesyuarat jabatan menyediakan ruangan Disediakan oleh - Pencatat Minit, Disemak oleh - pegawai kanan dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Ada jabatan yang menyediakan ruang Disediakan oleh - Pencatat Minit dan Disahkan oleh - Pengerusi Mesyuarat. Berkaitan dengan seterusnya hal tersebut juga bergantung pada gaya penerbitan atau gaya penulisan dalaman sesebuah organisasi. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Lain-lain05.01.2012
Salam sejahtera, Saya mendapati istilah 'kebolehkerjaan' digunakan dalam banyak artikel atau jurnal ilmiah untuk merujuk kepada employability dalam Bahasa Inggeris. Saya ingin bertanya, apakah istilah 'kebolehkerjaan' ini tepat dan boleh digunakan? Khidmat nasihat dan pengesahan terjemahan BM bagi istilah 'employability' dan 'employability skills' sangat saya perlukan kerana ia akan saya gunakan dalam penulisan tesis. Terima kasih.1. Padanan bagi istilah employability iaitu kebolehgajian telah diputuskan dalam Perbincangan Istilah Semasa Bil.1/2010. Employability skills boleh diterjemahkan kepada Kemahiran Kebolehgajian.Istilah14.03.2019
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih

         Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan.  Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu:

 

(i)      Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan

(ii)     Mutu bahasa kebangsaan  yang digunakan.


DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang,  penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain.

 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul.

 

Lain-lain30.10.2016

Kembali ke atas