Sampai bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa itu. Adakah ayat di atas betul? | Mohon betulkan ayat tersebut seperti yang berikut: "Sampai bila-bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa itu." | Tatabahasa | 01.11.2018 |
Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'masa' dan 'waktu'? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; | Makna | 22.02.2012 |
saya ingin mendapatkan peribahasa melayu atau yang berkenaan dengan maksud berikut: contoh: - syarikat mendapat anugerah Geneva. jadi, sebelum dan selepas ini, tiada siapa lagi yang akan menggondol pingat yang sama sampai bila-bila pun. | Kalau tak silap saya peribahasa yang berbunyi sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi agak bertepatan dengan soalan sdri. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan yang disebutkan itu, belum diketahui lagi. Terima kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
Bagaimana hendak bezakan perkataan 'baru' dengan ' baharu'..Contoh...TQ | Kata baru dan baharu sebenarnya boleh dipakai pada bila-bila masa, namun demikian, kata baru lebih sesuai digunakan bagi maksud "jika", atau dalam bahasa Inggerisnya "just". Contoh ayat: Saya baru sampai atau anak saya baru lahir. "Baharu" pula lebih kepada sesuatu yang baru. Namun demikian, untuk makluman saudara, "baru" lebih sesuai digunakan untuk kedua-dua situasi yang telah diberikan. | Makna | 27.06.2011 |
Bagaimanakah untuk membezakan imbuhan ber untuk kata kerja tak transitif dan ber untuk kata kerja pasif?Adakah yang di bawah betul? i. Penduduk di situ dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah pada bila-bila masa. Bolehkah ayat tunggal pasif dan ayat tunggal aktif digabungkan dalam satu ayat majmuk? | Contoh imbuhan ber dalam ayat aktif ialah saya berjalan ke sekolah, manakala dalam ayat pasif ialah baju itu belum berjahit. i. Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Zakwan Qayyum Aug 24th, 9:25pm Salam, Admin, boleh saya tanya bilakah Borang Permohonan Biasiswa DBP Tun Syed Nasir Ismail, boleh mula di muat turun? terima kasih... | Tuan boleh memuat turun borang tersebut pada bila-bila masa dengan capaian http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php pada Permohonan Biasiswa DBP Tun Syed Nasir Ismail klik muat turun borang. | Lain-lain | 24.08.2014 |
"-------- kg itu berlaku banjir? tanya Siti kepada ibunya. A. Bilakah B. Mengapakah Mana paling tepat? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud bila ialah kata tanya untuk menanyakan waktu yang mana atau bila-bila sebarang masa manakala mengapa pula bermaksud kata yang digunakan untuk menanyakan sebab. Maka perkataan Bilakah atau Mengapakah ini boleh digunakan bagi menjawab soalan yang diberikan. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Apakah istilah yang digunakan untuk perkataan seperti "khalwat" yang asalnya mempunyai satu makna (iaitu "menyendiri") tetapi kini sudah berubah maknanya? Adakah contoh perkataan-perkataan lain dalam kategori ini selain daripada "khalwat". | Peluasan makna bagi sesuatu perkataan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan kamus akan merakam peluasan makna yg ada bagi perkataan tertentu apabila ada terbitan terbaru. Contoh-contoh lain boleh dilihat melalui perbandingan kamus yang terbaru dan sebelumnya. | Makna | 11.08.2007 |
apakah istilah untuk "on call" .Terima kasih | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi perkataan on call. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan istilah tunggu sedia bagi perkataan on call jika bersesuaian dengan konsep seseorang boleh dihubungi pada bila-bila masa jika diperlukan tetapi bukan bertugas secara formal pada sesuatu masa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2014 |