Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sayyid Khairani Kamarudin Sep 5th, 4:16pm assalamuailakum, ingin bertanya.. bila kah kita guna pkai istilah 'bahasa melayu' n bila kah kita guna istilah 'bahasa malaysia'.. dlm konteks rasmi dan juga tak rasmi..Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Dari sudut ilmu, bahasa Melayu disandarkan kepada bangsa Melayu dan peradaban Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2006 kabinet memutuskan istilah bahasa Malaysia turut digunakan selain bahasa Melayu untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, penggunaan kedua-dua istilah tersebut boleh disesuaikan mengikut konteks penggunaannay. Contohnya, jika penggunaannya merujuk ketamadunan Tanah Melayu, maka istilah bahasa Melayu paling tepat digunakan.Lain-lain05.09.2014
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI.Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi;  12.00pm-1.59 pm = tengah hari;  2.00pm - 6.59 pm = petangLain-lain01.09.2008
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp ..

Saudara,

             (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.  

              (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan.   

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih.  

Lain-lain27.08.2010
Adakah kata tanya MESTI diikuti partikel '-kah'? Contoh: Bila / Bilakah kamu sampai? Terima kasih.Tidak semua kata tanya perlu diikuti  dengan partikel kah, sebaliknya penggunaan partikel kah mengikut kesesuaian ayat tersebut. Contoh ayat: Bila kamu sampai? dan Bilakah kamu sampai?, kedua-duanya ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa08.07.2010
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasihAyat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya:
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam?
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah?
Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan?
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448.
Tatabahasa19.02.2016
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQBagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?"Lain-lain05.02.2012
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..Bilakah Perang Dunia Kedua berakhir? atau Perang Dunia Kedua berakhir bila? Di mana nak letak bila..awal atau akhir ayat?"Kata tanya boleh hadir di hadapan dan di akhir dalam ayat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.Tatabahasa08.03.2013
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri?Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah  (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa13.09.2011
selamat petang tuan, ada beberapa pertanyaan mengenai jawatan sebagai pembantu awam gred H11 ... perlu kah ambil ujian secara bertulis dan bila temuduga ini di adakan ?Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini, tuan/puan boleh hubungi Puan Fairuz melalui talian              03-2147 9341.
Sekian terima kasih
Lain-lain27.03.2017
Apabila ditanyai oleh saudara-maranya, Syukri sendiri tidak pasti bilakah ibu bapanya akan pulang dari luar negeri. kesalahan bahasa di atas ialah " bilakah " tetapi saya berpendapat tiada kesalahan. jika ada kesalahan, apakah kesalahan dan perkataan yang sebetulnya?Kata tanya yang hadir di awal ayat hendaklah disertai partikel "kah" (Bilakah...), tatapi jika di dalam ayat tidak disertai dengan partikel "kah" (...bila...). oleh itu ayat ini menjadi - Apabila ditanyai oleh saudara-maranya, Syukri sendiri tidak pasti bila ibu bapanya akan pulang daripada luar negeri. Tatabahasa18.07.2008
12

Kembali ke atas