bila masakah ganti nama "nya" dapat merujuk selain manusia? | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda/penekan selain berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 295 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2010 |
Apa itu konsep menulis dan komponen-kompenan nya? Terima kasih | Menulis ialah proses melahirkan/memindahkan idea/pemikiran seseorang ke atas kertas atau sebarang bahan dalam bentuk tulisan. Komponen penulisan perlu menjawab persoalan asas iaitu- apa, siapa, di mana, bila, bagaimana (what, who, where, when, how - 4W 1H). | Lain-lain | 14.02.2009 |
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju; Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial . | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ... | Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP | Lain-lain | 08.01.2013 |