Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakah

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan ayat dibawah benar? 1. Bilakah hari raya? (Bilakah 'nama perayaan'?)Ayat "Bilakah hari raya?" betul.Lain-lain11.04.2022
Bilakah penggunaan ialah dan adalah digunakan ?

Perkataan "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri." Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa03.09.2024
Bilakah waktunya menggunakan kata kerja tanpa imbuhan dan kata kerja dengan imbuhan ketika membina ayat?

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Dalam bahasa Melayu, kata kerja terdiri daripada empat bentuk, iaitu kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja ganda.

Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa Melayu, kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerja yang terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja demikian bersifat tak transitif. Antara contohnya termasuklah ada, balik, ikut, jaga, keluar, terbang dan sebagainya.

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

Untuk lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 67 dan 150 hingga 217.

Tatabahasa04.03.2024
Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan -an dan -kan?Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Terdapat 9 makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. Akhiran -an juga boleh menerima imbuhan peN..an, pe..an, peR..an dan ke..an.
 
Contoh:
1. Kata nama dan kata kerja: menunjukkan keputusan/hasil tindakan.
Contoh: tulisan, kritikan


2. Kata nama, kata adjektif dan kata tugas (kawasan/bidang yangg luas).
Contoh: lautan, lapangan, tepian


3. ⁠Kata kerja yang membawa maksud alat: Contoh: acuan


4. Kata nama yang membawa maksud banyak: Contoh: parutan


5. Kata kerja yang membawa maksud orang/haiwan yang menjadi penderita kerja. Contoh: tawanan


6. Kata kerja yang membawa maksud perkara/benda yang menjadi penderita kerja. Contoh: hamparan

7. Kata adjektif yang membawa maksud sifat. Contoh: manisan


8. Kata kerja yang membawa maksud tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan


9. Kata nama dan kata tugas  (kata bilangan). Contoh: harian, ribuan


10. Contoh akhiran -an yang menerima imbuhan: pemandian,pembacaan, persatuan, kemasukan.

Manakala akhiran - kan pula, iaitu semua golongan kata boleh bgabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja,iaitu:
1. Kata nama: Contoh: bukukan, dirikan
2. Kata kerja transitif: Contoh: bacakan, masakkan
3. Kata kerja tak transitif: Contoh: lahirkan, tidurkan
4. Kata adjektif: Contoh: tidurkan, besarkan
5. Kata tugas: Contoh: sertakan
 
Akhiran -kan juga boleh hadir dalam imbuhan lain seperti meN...kan, beR...kan , mempeR...kan, di...kan, dipeR...kan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2023
Bilakah kita perlu menggunakan imbuhan akhiran -an dan -kan?Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Terdapat 9 makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu. Akhiran -an juga boleh menerima imbuhan peN..an, pe..an, peR..an dan ke..an.
 
Contoh:
1. Kata nama dan kata kerja: menunjukkan keputusan/hasil tindakan.
Contoh: tulisan, kritikan


2. Kata nama, kata adjektif dan kata tugas (kawasan/bidang yangg luas).
Contoh: lautan, lapangan, tepian


3. ⁠Kata kerja yang membawa maksud alat: Contoh: acuan


4. Kata nama yang membawa maksud banyak: Contoh: parutan


5. Kata kerja yang membawa maksud orang/haiwan yang menjadi penderita kerja. Contoh: tawanan


6. Kata kerja yang membawa maksud perkara/benda yang menjadi penderita kerja. Contoh: hamparan

7. Kata adjektif yang membawa maksud sifat. Contoh: manisan


8. Kata kerja yang membawa maksud tempat melakukan sesuatu. Contoh: kurungan


9. Kata nama dan kata tugas  (kata bilangan). Contoh: harian, ribuan


10. Contoh akhiran -an yang menerima imbuhan: pemandian,pembacaan, persatuan, kemasukan.

Manakala akhiran - kan pula, iaitu semua golongan kata boleh bgabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja,iaitu:
1. Kata nama: Contoh: bukukan, dirikan
2. Kata kerja transitif: Contoh: bacakan, masakkan
3. Kata kerja tak transitif: Contoh: lahirkan, tidurkan
4. Kata adjektif: Contoh: tidurkan, besarkan
5. Kata tugas: Contoh: sertakan
 
Akhiran -kan juga boleh hadir dalam imbuhan lain seperti meN...kan, beR...kan , mempeR...kan, di...kan, dipeR...kan.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa14.11.2023
Bilakah perkataan “ditambahkan” atau “menambahkan” boleh digunakan? Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: “Bahan pengawet 20. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “bahan pengawet” ertinya apa-apa bahan yang, apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian, atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:

i.   Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar

ii.  Maksud kausatif atau menyebabkan

iii. Maksud benefaktif atau manfaat

Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah  awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.

Tatabahasa28.05.2021
Bilakah penggunaan kata ganti nama diri singkat "kau" dan "ku" dieja serangkai dengan kata yang mengikutinya?Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa11.12.2018
Bilakah kita menggunakan Johan dan tempat pertama?Kedua-dua perkataan tersebut merupakan variasi dalam bahasa. Terpulang kepada penggunaan untuk memilih penggunaan kedua-dua perkataan tersebut.Lain-lain27.04.2016
Bilakah boleh digunakan ialah, adalah dan merupakanIalah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam ayat penyata penggunaan yang betul ialah dan adalah. Untuk melihat maksud dan konteks penggunaan perkataan merupakan, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merupakan.Tatabahasa06.07.2015
Bilakah pertandingan menulis buku kssr untuk tahun 6 akan dibuka? Mohon pencerahan. Sekiranya telah dibuka dimanakah saya boleh dapatkan borang untuk pertandingan dan maklumat berkaitan?Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my.Lain-lain27.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas