Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : 1. bp hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang; tidak masuk ~ tidak masuk kira; 2. = sebilang setiap, tiap-tiap; ~ bulan tiap-tiap bulan; 3. = berbilang; berbilang 1. lebih drpd satu banyaknya; masyarakat ~ bangsa (kaum) masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa atau kaum (spt Melayu, Cina, India, dll di Malaysia); ~ ringgit banyak ringgit; 2. dihitung atau dikira jumlahnya: barang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi; ~ dr esa, mengaji dr alif prb mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dr pangkalnya; membilang 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; membilangkan membilang (menghitung, mengira) utk; terbilang 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyaknya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang;bilangan 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandai-pandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; sebilangan sejumlah, sebanyak: ~ besar kuli itu datang dr negeri China; kebilangan termasuk bilangan, terkenal dll: mereka pergi ke sebuah restoran yg ~ dlm kota Betawi; pembilangan perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan: ~ undi dilakukan pd sebelah petang; pembilang 1. orang yg kerjanya membilang; 2. Id bilangan yg di atas pd suatu pecahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : bp cakap, bercakap: Narto tak ~ dia hendak lari; emak ~, jangan pergi; membilang bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; membilangi memberitahu, memberi nasihat; membilangkan memberitahukan, mengatakan; perbilangan peribahasa yg melahirkan kata-kata yg sudah menjadi spt peraturan atau undang-undang atau nasihat yg dapat dijadikan pegangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lang] | بيلڠ

Definisi : ; berbilang lebih drpd satu banyaknya; beberapa: Rakyat Malaysia terdiri drpd ~ kaum. membilang menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. bilangan 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. terbilang 1 dpt dihitung: Mangsa bom atom di Hiroshima itu tidak ~ banyaknya. 2 termasuk dlm sesuatu golongan (lingkungan dsb): Dia ~ orang kaya di kampung ini. 3 terkenal; terkemuka: Dlm negeri Melaka dahulu, terdapat lima orang pahlawan yg ~. sebilangan jumlah yg tidak ditentukan banyaknya: ~ besar drpd mereka sudah memiliki tanah dan rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilang

Puisi
 

Tanam serbat di pintu balai,
     Mari ditunggu bilang malam;
Apa makrifat tuan pakai,
     Mimpikan tuan bilang malam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tinggi kayu ara dilangkahi,
     rendah bilang-bilang diseluduki.

Bermaksud :

Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berbilang-bilang kaum atau berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud  lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
Salam, Semalam emak saya ada mengunakan satu ayat iaitu "Dia telah di cabok" dan saya kurang pasti apa itu cabok. Apa yang emak saya bilang pada zaman dulu ayat cabok selalu digunakan. Apa yang diberitahu oleh emak saya, cabok ada tali ikan ekor pari yang digunakan dipenjara?. Saya kurang pasti, saya minta pihak tuan/puan boleh menjelaskan apakah ayat cabok ini seakan sebatan ? FainBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabok tidak ditermui, yang ada ialah cabuk yang bermaksud  1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedu­dukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau.Istilah26.10.2010
Tuan/Puan, Dalam Bahasa Inggeris, "a portfolio of asets", dalam Bahasa Melayu, terjemahannya ialah "sebuah portfolio aset-aset" atau ""sebuah portfolio aset". Secara amnya, bilakah kita guna kata nama bilang (plural noun) seperti pokok-pokok, anak-anak, harta-harta dan bilakah kata nama itu tidak boleh diulang meskipun ia adalah dalam "plural form". Terima kasih.

Dalam terjemahan bahasa Melayu tidak perlu dijamakkan, memadai dengan 'Portfolio aset' atau gunakan kata 'semua', 'Portfolio semua aset'.

Saudara boleh juga menggunakan kata 'semua', 'segala' dsb. untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contoh: Semua pokok, segala harta dll.

 

Lain-lain13.08.2009
apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat?Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat.Tatabahasa21.06.2013
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih.

Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang.

Tatabahasa16.08.2011

Kembali ke atas