| Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya". | Tatabahasa | 11.01.2017 |
| berbilang-bilang kaum atau berbilang kaum? | Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya. | Istilah | 11.07.2010 |
| Mengapakah penjodoh bilang bagi karipap ialah biji bukannya ketul. | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk kuih ialah “biji” kerana perkataan ini membawa maksud penjodoh bilangan bagi buah dan benda yang kecil-kecil. Perkataan, “ketul” pula membawa maksud penjodoh bilangan untuk sesuatu yang keras, padu dan tidak terlalu besar, seperti batu atau tulang. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 290 dan 1101] | Tatabahasa | 19.10.2025 |
| wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum? | Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya. | Istilah | 11.07.2010 |
| apakah penjodoh bilangan bagi tanah lapang? | Penjodoh bilang bagi tanah ialah "sebidang" | Tatabahasa | 25.09.2014 |
| Salam, Semalam emak saya ada mengunakan satu ayat iaitu "Dia telah di cabok" dan saya kurang pasti apa itu cabok. Apa yang emak saya bilang pada zaman dulu ayat cabok selalu digunakan. Apa yang diberitahu oleh emak saya, cabok ada tali ikan ekor pari yang digunakan dipenjara?. Saya kurang pasti, saya minta pihak tuan/puan boleh menjelaskan apakah ayat cabok ini seakan sebatan ? Fain | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabok tidak ditermui, yang ada ialah cabuk yang bermaksud 1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedudukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau. | Istilah | 26.10.2010 |
| Tuan/Puan, Dalam Bahasa Inggeris, "a portfolio of asets", dalam Bahasa Melayu, terjemahannya ialah "sebuah portfolio aset-aset" atau ""sebuah portfolio aset". Secara amnya, bilakah kita guna kata nama bilang (plural noun) seperti pokok-pokok, anak-anak, harta-harta dan bilakah kata nama itu tidak boleh diulang meskipun ia adalah dalam "plural form". Terima kasih. | Dalam terjemahan bahasa Melayu tidak perlu dijamakkan, memadai dengan 'Portfolio aset' atau gunakan kata 'semua', 'Portfolio semua aset'. Saudara boleh juga menggunakan kata 'semua', 'segala' dsb. untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contoh: Semua pokok, segala harta dll. | Lain-lain | 13.08.2009 |
| apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat. | Tatabahasa | 21.06.2013 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih. | Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
| saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. Apakah kesalahan bahasa dala ayat tersebut? | Ayat : Sepuluh pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling akan lebih gramatis jika ditambah penjodoh bilang "orang" --> Sepuluh orang pelajar menyertai Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling. | Tatabahasa | 17.04.2016 |