1. ERTI "BIMBINGAN" DALAM KAMUS DEWAN BAHASA? 2. "BIMBINGAN" DALAM SEKTOR PERGURUAN? | 1. Bimbingan ialah perbuatan membimbing, iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu. 2. Bagi makna bimbingan dalam sektor perguruan, saudara perlu merujuk sektor tersebut kerana ia mungkin mempunyai konsep yang tertentu. | Makna | 05.05.2009 |
BIMBINGAN SEMAKAN TATABAHASA DAN EJAAN | Pihak kami akan mengambil masa yang lebih lama bagi menyemak artikel puan. Oleh itu, puan perlu menghantar permohonan semakan dokumen melalui e-mel. Sila e-mel artikel puan kepada ayu@dbp.gov.my | Lain-lain | 30.12.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Penggunaan huruf kecil atau besar untuk 'cikgu'. Contoh: '...di bawah bimbingan cikgu Hamid' atau '...di bawah bimbingan Cikgu Hamid'? | Alaikumussalam. Cara penulisan yang betul untuk soalan puan ialah: '.... bawah bimbingan Cikgu Hamid'. Jika perkataan "cikgu" itu umum, tidak diikuti dengan nama khas, ejaan "cikgu" kecil. Contoh: '...bawah bimbingan cikgu'. | Lain-lain | 13.12.2014 |
Penggunaan yang betul. 1. Guru memberi bimbingan segera kepada murid-murid... @ guru segera memberi bimbingan kepada murid-murid... 2. membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan... @ membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan... 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan @ 2. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan 4. Guru menayangkan video @ guru menayang video 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | 1. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid. 2. Membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan ... Membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan .... Kedua-dua ayat itu betul. 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan. Menandai dan menandakan kedua-duanya betul. 4. Guru menayangkan video .... 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. | Tatabahasa | 26.11.2012 |
salam, Tuan yang arif, apakah yang dimaksudkan dengan scaffolding dalam bahasa Melayu? adakah perancah atau bimbingan... scaffolding model in education = model bimbingan dalam pendidikan? terima kasih. | Dalam bidang Kejuruteraan scaffolding ialah perancah, manakala dalam konteks yang tersebut terjemahan yang sesuai ialah bahan. | Istilah | 14.10.2011 |
Apakah istilah terbaik untuk 'coaching and mentoring? Istilah 'jurulatih dan mentor' dirasakan kurang tepat. Bolehkan ditukar kepada bidang bimbingan dan pementoran? Terima kasih. | Istilah "bimbingan" dan "pementoran" adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 06.02.2014 |
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut dan apakah pengganti bagi perkataan tersebut? | Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang salah terdapat di atas dan mengapakah perkataan tesebut salah? | Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut | Tatabahasa | 17.03.2011 |
salam, saya merupakan ahli pengurusan syarikat penerbitan yang baru ditubuhkan awal tahun ini. saya memerlukan khidmat bimbingan berkenaan panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, dan proses penerbitan bagi sebuah buku. terima kasih. | Waalaikumsalam. Untuk mendapatkan kursus atau bimbingan dalam bidang penerbitan, tuan bolehlah menghubungi pegawai Akademi DBP, iaitu Puan Nurul Husni binti Zawawil Anwar di talian 03-21479323 atau e-mel nurulhusni@dbp.gov.my | Lain-lain | 02.02.2015 |
Tuan, saya hendak menanyakan bahawa di mana boleh saya dapatkan buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 dan Jilid 2 yang ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim? Saya rasa bahawa mungkin buku ini telah lama wujud, jadi mungkin susah untuk dicari. | Untuk makluman puan, buku Bimbingan Pelajar Bahasa Kita bukan diterbitkan oleh DBP. Puan boleh menghubungi syarikat K-Publishing Sdn Bhd berkenaan buku tersebut atau kedai-kedai buku di Malaysia. | Lain-lain | 05.07.2014 |