1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
berikan saya contoh karangan bagi keburukan penggunaan telefon bimbit. | Sila rujuk bahan ini terima kasih : Sains di sebalik telefon bimbit | Saharil Hasrin Sanin | Dewan Kosmik | 01/03/2007 Teknologi telefon bimbit bergerak sepantas kilat | Faizah Faiz | Dewan Siswa | 01/09/2007 | Lain-lain | 31.07.2008 |
Bolehkah 'ia' digunakan atas 'telefon bimbit', 'pen', 'meja'? | Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami menasihati supaya menggunakan buku tatabahasa dewan sebagai panduan. Dalam ayat, perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan seperti telefon bimbit, pen atau meja. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2.) Farid membeli telefon bimbit baru. Telefon bimbit itu berjenama Nokia. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
mohon bantuan berkaitan perkara berikut : 1. Telefon Bimbit - sebuah atau seunit | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah telefon bimbit. | Tatabahasa | 11.11.2014 |
bolehkah saya masukkan kamus bahasa kedalam telifon bimbit? | Setakat ini masih belum ada pihak/syarikat/badan yang membangunkan kamus BM untuk telefon bimbit | Lain-lain | 01.11.2008 |
Salam, Apakah perkataan handfon boleh digunakan sebagai pengganti istilah telefon bimbit? Sekian terima kasih! | Tidak boleh. Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan Handphone ialah Telefon Bimbit. | Tatabahasa | 06.07.2020 |
Terima kasih atas jawan sdr. Apakah penjodoh bilangan utk topi, cangkul, telefon bimbit, dan pinggan? biji atau buah?TQ | Penjodoh bilangan bagi topi, telefon bimbit dan pinggan ialah buah manakala bagi cangkul ialah batang. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah: Casual user: Pengguna biasa Regular user:Pengguna tetap At-risk user:Pengguna berisiko Problematic user:Pengguna bermasalah Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan. | Makna | 03.07.2020 |
handphone | telefon bimbit | Istilah | 05.03.2008 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "penjual dan pembaiki telefon bimbit" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | Sila lihat lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 28.02.2013 |