kata bin dalam nama. mana satu betul a) Ali bin Abu b) Ali Bin Abu | Yang betul ialah bin. Contohnya, Ali bin Ahmad | Tatabahasa | 07.11.2008 |
Salam.. saya ingin kepastian.. perkataan BIN, BINTI, ANAK, ANAK LELAKI dalam suatu nama harus ditulis huruf besar atau kecil? Tq macam contoh Ali Bin Abu atau Ali bin Abu | Waalaikumussalam, "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil. Contoh yang betul ialah Ali bin Abu | Ejaan | 05.11.2019 |
Salam sejahtera Menulis nama untuk tulisan besar dan kecil, kenapa ada yang menulis "bin" dengan huruf kecil. Bukankah Bin juga sebahagian daripada nama. Contohnya Ali bin Zakaria. Seharusnya Ali Bin Zakaria. Mohon pencerahan. Terima kasih | Rangkai kata "bin" dan "binti" bukan merupakan kata nama khas dan cara penulisannya mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil. | Lain-lain | 20.12.2018 |
Cara penulisan nama yang betul? Mohd Hafiz bin Mohd Farid atau Mohd Hafiz Bin Mohd Farid? Penulisan bin@binti patut bermula dgn huruf besar atau huruf kecil? Maniam anak lelaki Ramesh penulisannya mcm mana pula? Terima kasih. | Yang betul ialah Mohd Hafiz bin Mohd Farid dan Maniam a/l Ramesh. | Lain-lain | 08.01.2015 |
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasih | Ejaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad. | Ejaan | 03.06.2015 |
Assalam, Saya keliru samada perkataan 'bin' iatu bagi maksud berbapakan, adakah huruf pangkal iaitu 'b' huruf kecil/besar? cth: Lt. Kol Ahmad Bin Abdullah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah Terima kasih. | Ejaan untuk 'bin' ialah huruf kecil. Ejaan untuk nama yang dikemukakan ialah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah. | Ejaan | 02.11.2011 |
Apa sapaan bagi Dr Polan Bin Polan, dan Ustaz Polan Bin Polan dalam penulisan laporan/minit? Terima kasih. | Sapaan bagi Dr. dan Ustaz dalam penulisan minit mesyuarat ialah Dr diikuti dengan nama contohnya, Dr. Abdul Rahman bin Napiah dan Ustaz pula, contohnya Ustaz Abdullah bin Khairi atau Encik Abdullah bin Khairi. | Lain-lain | 14.12.2017 |
Assalamualaikum. Yang mana satu betul? 1. DR. AHMAD BIN ALBAB atau 2. Dr. AHMAD BIN ALBAB | Ejaan yang betul: DR. AHMAD BIN ALBAB atau Dr. Ahmad bin Albab. | Ejaan | 27.09.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'bin' (huruf besar/kecil) di dalam sub tajuk. Contoh : Syeikh Muhammad Bin Abd Wahhab atau Syeikh Muhammad bin Abd Wahab? Sekian, terima kasih. | Dalam konteks penggunaan seperti yang puan nyatakan perkataan ‘bin’ ejaan yang betul ialah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab. | Tokoh | 10.12.2014 |
Bagaimanakah cara yang betul bagi menulis tahun Islam? a. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m. 117H) b. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m.117H) C. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M. 117 H) d. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M.117H) Adakah m. itu adalah Masihi? | Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan, M merupakan kependekan kepada perkataan Masihi. Berdasarkan rujukan kami, tahun Islam ditulis seperti 1434H. | Tatabahasa | 24.06.2013 |