Salam, yang manakah betul? 1. Yang Berusaha, Pengetua SMK Hamzah, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed atau Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed, Pengetua SMK Hamzah. 2. Barisan Guru Kanan atau Barisan Guru-guru Kanan atau Barisan guru kanan. 3. Setelah saya selidik khidmat nasihat yang telah diberikan, terdapat dua versi dimana; i) Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi Yang Brs. ii) Yang Berusaha tidak boleh disingkatkan. 4. Guru Bahasa Melayu saya menggunakan Yang Berusaha kepada penolong-penolong kanan semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh pengetua. Ada pendapat mengatakan sepatutnya Yang Dihormati digunakan jika pengetua turut hadir. Jika Yang Dihormati adalah penggunaan yang betul, apakah gelaran bagi barisan guru kanan, kaunselor-kaunselor pelajar dan guru-guru biasa? | 1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. "Yang Dihormati" pula digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya atau buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. 2. Cadangan jawapan: Barisan guru kanan | Lain-lain | 16.10.2023 |
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
1) Adakah pengisian Kursus tatabahasa Siri II & Siri I sama? 2) Bagaimana boleh saya mendaftar? | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 11.03.2015 |
Assalamualaikum DBP. Saya Mohamad Syahir Bin Fadzil dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Saya ingin kepastian berkaitan cara membaca atau menyebut simbol / yang digunakan di dalam format nombor laporan polis. Sebagai contoh nombor laporan polis ARAU/002121/20. i) Adakah dibaca sebagai ARAU palang 002121 palang 20? ii) Ataupun adakah dibaca sebagai ARAU garis miring 002121 garis miring 20 ? Sekian soalan saya. Terima kasih. | Penggunaan perkataan yang sesuai ialah palang. | Lain-lain | 12.04.2020 |
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah Pentadbiran | Untuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra. | Istilah | 29.10.2012 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019 | 1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut: - Pegawai Imigresen
- Pegawai Imigresen Kanan
- Pegawai Imigresen Tinggi
2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. 3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”. 4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah: i. rujukan surat: DBP/173/14/4/K.3 (68) ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat” a) Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan b) Kos cetak RM3.00/naskhah c) 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai | Tatabahasa | 08.04.2019 |
Assalamualaikum. Saya Ami Farhani, ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Peraduan Gambar dan Kata. Merujuk gambar yang saya lampirkan, terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang." Ketiga-tiga penyertaan Mohd Bakri bin Talib pula jelas tidak mematuhi syarat peraduan. Dua daripadanya tidak memaparkan individu/model. Satu daripadanya pula menggunakan suntingan digital. (3. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang? Penjurian oleh penganjur tidak cermat. Setiap peserta pastinya melakukan yang terbaik untuk mematuhi syarat peraduan. Jika pemenang dipilih daripada peserta yang tidak mematuhi syarat asas sebegini, bagaimana orang ramai hendak mempercayai ketelusan peraduan atas talian seperti ini? Justeru saya memohon DBP sebagai salah seorang penganjur mengambil berat tentang aduan saya ini. Terima kasih. | Maklum Balas Aduan keputusan Peraduan Gambar dan Kata Aduan I: Terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang. Maklum Balas: Nama Encik Mohd. Bakri bin Talib hanya sekali sahaja dipilih sebagai pemenang iaitu, pemenang tempat ketiga. Aduan II: Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang? Maklum Balas: Konsep kolaj serta teknik adalah kreativiti peserta yang menyertai pertandingan dan gambar tiada unsur suntingan digital. Pihak Juri memutuskan bahawa gambar tersebut merupakan gambar asli yang dibuat dalam konsep kolaj. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.12.2021 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 5. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan? 6. Ejaan yang betul bagi pejabat cawangan Muar adakah ditulis dengan Pejabat Cawangan Muar? 7. Ejaan yang betul bagi Unit Cap Keselamatan kawalan pintu keluar masuk / cawangan adakah ditulis dengan Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk/Cawangan? 8. Ejaan yang betul bagi pejabat perwakilan Malaysia di luar negara adakah ditulis dengan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara? 9. Penggunaan ejaan baru dan baharu. Apakah perbezaannya ejaan tersebut dan pada masa penggunaannya yang sesuai? 10. Ejaan yang betul bagi Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor adakah ditulis dengan Bahagian Keselamatan & Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor | (a) Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. Pejabat Cawangan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar sekiranya sebagai kata nama khas) ii. pejabat cawangan (ditulis dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat). (b) Ejaan yang betul ialah i. Unit Cap Keselamatan Kawalan Pintu Keluar Masuk ii. Unit Cap Keselamatan Kawalan Cawangan (c) Ejaan yang betul ialah Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara (di- dieja dengan huruf kecil) (d) Menurut data kami, baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu ialah Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. (e) Ejaan yang betul ialah Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Johor. (dan dieja dengan huruf kecil) | Lain-lain | 08.04.2019 |
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan Negara | Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.03.2018 |