"Bina Badan Untuk Kesihatan" atau "Bina Badan Demi Kesihatan" atau "Membina Badan Untuk Kesihatan"? | Kedua-dua adalah betul. Demi dan untuk adalah perkataan yang silih berganti. Salah sekiranya digunakan bersama. 'Bina Badan untuk Kesihatan'. 'Bina Badan demi Kesihatan'. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2007 |
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate? | Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate. | Tatabahasa | 16.06.2011 |
bina ayat menggunakan perkataan memperelok | Ani memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya. | Tatabahasa | 20.06.2010 |
Bina ayat: merendahkan: Kehadiran pengemis-pengemis itu telah MERENDAHKAN imej negara. Adakah penggunaan MERENDAHKAN dalam ayat di atas betul? Terima kasih. | Ayat di atas betul kerana perkataan merendahkan bermaksud memandang atau menganggap rendah sesuatu atau seseorang. | Tatabahasa | 15.09.2009 |
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan= | Sdr Majidee, Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 22.05.2009 |
Bina ayat berikut "PUPUS" adalah betul atau salah, sila membalas. Terima Kasih. "Harta bendanya telah PUPUS dalam kebakaran" | Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah musnah walaupun pupus bermaksud musnah. Namun sinonim membawa peringkat untuk penggunaan perkataan dalam ayat. | Tatabahasa | 22.08.2008 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "posing trunks", iaitu sejenis seluar yang dipakai oleh ahli bina badan semasa pertandingan bina badan? | Dicadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan ialah seluar sukan bina badan. | Istilah | 26.04.2008 |
Bolehkah saya gunakan perkataan "bina" dalam ayat berikut: Cikgu ditugaskan "bina" soalan untuk darjah tiga. Bukakankah lebih baik: Cikgu ditugaskan "menyiapkan" soalan untuk darjah tiga. Harap dapat pandangan pihak tuan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah membina, bukan bina. Ayat yang betul ialah Guru/cikgu ditugaskan membina/menyediakan soalan untuk murid darjah tiga. | Istilah | 19.01.2010 |
Tepatkah jika "workout" satu istilah dalam sukan bina badan yang berkaitan dengan latihan di gimnasium diterjemahkan sebagai "latihan bina badan"? | Istilah "workout" bermaksud "senaman" atau "bersenam". Dalam latihan di gimnasium, diterjemahkan sebagai senaman bina badan. | Istilah | 16.08.2007 |
MASALAH BINA AYATYANG GRAMATIS BERDASARKAN GAMBAR | Binaan ayat sama ada berdasarkan gambar atau tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Jika berdasarkan gambar binaan ayat menceritakan apa yang digambarkan dalam imej yang tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2013 |