Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQ | Mengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi. 'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'. Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik. | Makna | 22.08.2011 |
Adakah ayat tentang keris ini betul: 'Gah kersani berbeka ulung, tiada sirna biar berabad' Apakah maksud yang paling ringkas? Jika salah, apakah ayat yang sesuai? (perlu menggunakan perkataan sastera lama). | Perkataan berbeka bermaksud bercakap dgn sso atau kumpulan orang: Contoh ayat - Dgn adinda ia berbeka, menyuruh berkumpul adik dan kakak. Perkataan berbeka - tidak diketahui maksud sebenar dlm ayat ini. Perkataan dirna pula bermaksud:- 1 (bkn sso, bangunan dsb) binasa atau musnah sama sekali: Semua yg ada krn diadakan akan mengalami sirna. 2 (bkn perasaan, kenangan dsb) tidak ada lagi atau hilang: Rasa tercabarnya ttg perbezaan daun mapel dan daun anggur mulai sirna.Dia sempat memegang susuk tubuh salah seorang penghuni hutan itu, sebelum mereka bergerak pantas dan sirna dlm ketebalan hutan. 3 Jw bh (bkn suara, bunyi dsb) tidak kedengaran Perkataan sirna tidak sesuai digunakan dlm ayat ini. Tiada cadangan ayat kerana maksud sebenarnya tidak difahami. Mohon tuan menjelaskan maksud sebenar yg ingin disampaikan menerusi ayat di atas. Terima kasih. | Lain-lain | 05.08.2022 |