Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap | 1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan". 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan | 1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. | Makna | 14.12.2006 |
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.. | Lain-lain | 05.05.2014 |
Salam. tolong selesaikan masalah ini. 1. Bintang yang ( berkerlipan / berkerdipan ) di angkasa itu indah dipandang. 2. ( Harap / Tolong ) beri laluan . Makanan ini panas. Ini adalah soalan percubaan UPSR. Saya tidak tahu untuk menerangkan kepada murid saya tentang jawapan yang betul. Terima kasih. | 1. Bagi DBP, Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Mohon rujuk KPM atau Lembaga Peperiksaan supaya mendapat jawapan yang betul. 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Salam sejahtera Mohon pencerahan yang mana betul bagi ayat berikut: 1.Hotel tersebut bertaraf empat bintang setengah, atau 2.Hotel tersebut bertaraf empat setengah bintang. mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Hotel tersebut bertaraf empat setengah bintang | Tatabahasa | 21.07.2020 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih. | Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 05.08.2011 |
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |