mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson | 1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya 2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l. Navukarasu a/l Ganeson | Ejaan | 13.02.2020 |
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim. | Ejaan | 11.04.2015 |
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ? | Puan Nora, Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki | Ejaan | 03.10.2012 |
Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ? | Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 09.05.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan 'Bin' dan 'Binti'. Ini kerana, saya melihat banyak akhbar yang tidak menulis 'Bin' atau 'Binti' pada nama. | Perkataan ‘bin' dan ‘binti’ tidak tergolong dalam nama khas maka kebanyakan media menggugurkan penggunaannya kerana faktor ruang. | Makna | 20.07.2018 |
penggunaan perkataan "daripada" atau "dari". Contohnya. Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. atau Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir GN1 dari Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. | Penggunaan yang betul ialah daripada, Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. | Tatabahasa | 07.10.2021 |
Saya ingin bertanya.. Setelah mendapat tittle Ir., apakah penggunaan susunatur yang betul . Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof atau Raja Ir. Noraini binti Raja Yusof Terima kasih | Penulisan yang betul ialah "Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof", iaitu gelaran akademik hadir di hadapan nama. | Ejaan | 30.07.2024 |
Salam, tuan. Penggunaan huruf besar dan kecil yang manakah yang betul (huruf B) yang terletak dalam rangkai nama ? 1.Noriani Binti Suleiman atau 2.Noriani binti Suleiman | Cara penulisan yang betul ialah: Noriani binti Suleiman | Ejaan | 07.05.2016 |
Nurkhuzaizah binti Ismawi 1221 Jalan A43, Precint 4 Taman Warisan Puteri 70400 Seremban Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur. Tuan, PAKAR LARAS BAHASA INSTRUMEN KAJIAN Saya Nurkhuzaizah Ismawi adalah pelajar; Program: Master Tajaan: HLP Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Universiti: Universiti Putra Malaysia Fakulti: Pendidikan Bidang: Kurikulum dan Pengajaran ingin memohon jasa bakti pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyemak penggunaan perkataan atau laras bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik yang akan diberikan kepada responden kajian. Untuk makluman, kajian rintis akan mula dijalankan pada 11 April 2022. Saya berharap selepas mendapat semakan dan pengesahan daripada pihak DBP, soal selidik tersebut akan lebih berkualiti dan dapat difahami oleh responden yang terlibat. Bersama ini saya lampirkan beberapa borang soal-selidik untuk dinilai dan disemak. Kerjasama daripada pihak DBP, saya ucapkan jutaan terima kasih. "Berilmu Berbakti" Nurkhuzaizah Ismawi Hp: 011-10399863 | Pelanggan telah dihubungi melalui panggilan telefon. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2022 |
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |