mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson | 1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya 2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l. Navukarasu a/l Ganeson | Ejaan | 13.02.2020 |
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim. | Ejaan | 11.04.2015 |
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ? | Puan Nora, Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki | Ejaan | 03.10.2012 |
Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ? | Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 09.05.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan 'Bin' dan 'Binti'. Ini kerana, saya melihat banyak akhbar yang tidak menulis 'Bin' atau 'Binti' pada nama. | Perkataan ‘bin' dan ‘binti’ tidak tergolong dalam nama khas maka kebanyakan media menggugurkan penggunaannya kerana faktor ruang. | Makna | 20.07.2018 |
Salam, tuan. Penggunaan huruf besar dan kecil yang manakah yang betul (huruf B) yang terletak dalam rangkai nama ? 1.Noriani Binti Suleiman atau 2.Noriani binti Suleiman | Cara penulisan yang betul ialah: Noriani binti Suleiman | Ejaan | 07.05.2016 |
binti atau bt. | Ejaan penuh binti (bt. mungkin kependekan batu atau lain-lain) | Ejaan | 09.08.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan mengenai satu perkara iaitu: Saya mahu mengeluarkan surat rasmi kepada seseorang yang namanya bermula dengan perkataan "TUAN". CONTOH: TUAN MASRINA BINTI TUAN HAKIM. Apakah kata nama gelaran yang boleh saya gunakan? Adakah "Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim" atau sekadar Tuan Masrina binti Tuan Hakim (tiada gelaran) Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Kata sapaan yang betul ialah Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim | Lain-lain | 14.05.2017 |
Perkataan BIN, BINTI, ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN dalam sesuatu nama, harus ditulis dengan huruf besar atau kecil? | Untuk makluman, bin, binti, a/l dan a/p dieja menggunakan huruf kecil. | Ejaan | 03.11.2015 |
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang? | Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya). | Ejaan | 29.07.2012 |