Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binti-binti 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya

2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l.  Navukarasu a/l Ganeson
Ejaan13.02.2020
Salam, tuan. Penggunaan huruf besar dan kecil yang manakah yang betul (huruf B) yang terletak dalam rangkai nama ? 1.Noriani Binti Suleiman atau 2.Noriani binti SuleimanCara penulisan yang betul ialah: Noriani binti SuleimanEjaan07.05.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Mohon bertanya lagi, 1) Ejaan 'bin @ binti' yang berada di antara nama kita dan bapa kita - adakah 'b' tu ditulis dengan huruf besar @ huruf kecil? 2) Ejaan yang betul bagi meperingatkan @ memperingatkan? Sekian, terima kasih.1. "b" dalam "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil.
2. Memperingatkan.
Ejaan30.04.2014
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.Lain-lain23.02.2018
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang?Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya).Ejaan29.07.2012
1. Jika saya membuat surat betulkah penggunaan Puan dihadapan nama, contohnya Puan Siti Raihan binti Mat Isa 2. Bahagian Penguatkuasa ejaannya ialah Pengutkuasa atau Pengut Kuasa

1. Penggunaan kata sapaan "puan" perlu berada di hadapan nama. Contoh: Puan Siti Raihan binti Mat Isa

2. Kata majmuk "kuat kuasa" apabila menerima apitan dieja "penguatkuasaan". Apabila menerima awalan dieja "penguat kuasa". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 135: Pengimbuhan Kata Nama Majmuk. 

 

Tatabahasa06.05.2024
Berkaitan perhimpunan di sekolah: Yang _____ Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah. Yang _____ Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah. Yang _____ Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah. Yang _____ Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 1. Apakah panggilan hormat yang sesuai? (Situasi majlis tanpa tetamu dari luar dan situasi majlis tanpa tetamu dari luar) 2. Mengapa penggunaan "Encik" lebih sering digunakan berbanding "Tuan" walaupun individu tersebut telah berkahwin? Bukankah penggunaan yang betul ialah "Tuan" untuk lelaki yang sudah berkahwin? 3. Terdapat pihak yang mengatakan Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi YBrs.. Benarkah? 4. Nama jawatan yang betul ialah Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan sahaja?1. Cadangan kami, gunakan gelaran hormat Yang Berusaha kepada pengetua, manakala guru-guru lain gunakan gelaran hormat Yang Dihormati, seperti Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah, Yang Dihormati Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah, Yang Dihormati Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah, Yang Dihormati Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah.

2. Penggunaan "Encik" di hadapan kata nama lelaki sama ada yang telah atau belum berkahwin telah lama diamalkan. Kata sapaan "tuan" digunakan dalam penulisan formal bagi menggantikan nama yang dirujuk.

3. Betul, Yang Berusaha boleh dieja YBrs. dalam singkatan.

4. Berdasarkan surat siaran/edaran Kementerian Pendidikan, jawatan Penolong Kanan yang digunakan atau singkatannya PK.
Tatabahasa03.08.2024
Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan saya dalam DBP Ai

Salam sejahtera puan budiman,

Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu:

1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau
2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341

Lain-lain22.06.2019
Khairiah Razali Dec 16th, 3:07pm Salam Sejahtera.... saya dan rakan saya berminat untuk menyertai Bengkel Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015 pd 20 Disember 2014 di Zon Tengah DBP Kuala Lumpur. Berikut nama penuh kami: 1) Khairiah binti Razali no hp 0197552125 .... 2) Aini bt Mohd Zainol Azlin no hp 0189585472.... mohon maklumbalas dari pihak tuan sbb email yg dihntar ke sayembaranovel@dbp.gov.my didapati failure setelah mncuba berkali2... terima kasih...Pertanyaan tuan telah kami salurkan ke pihak urus setia di Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azihani Mad Mizan di talian 03-21479293/azihani@dbp.gov.my.Lain-lain16.12.2014
A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untukĀ "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan.Istilah18.07.2013
1234567

Kembali ke atas