bagimana caranya saya ingin menghantar manuskrip utk terbitan DBP, utk makluman saya ada menulis manuskrip ttg etnik peribumi sarawak khususnya di bintulu dan 1 lagi berkaitan isu keagamaan. saya juga ada mnghtr 2 manuskrip utk terbitan DBP Cawangan Sarawak dan dimaklumkan skrg diperingkat semakan editorial.terima kasih atas maklumbalas pihak tuan. | Tuan boleh menghantar manuskrip tuan ke alamat berikut; Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching (u.p; Penolong Pengarah Penerbitan) jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Unit Penerbitan di talian 082-444711. | Lain-lain | 07.12.2010 |
Boleh takberikan saya senarai penanda wacana yang ditulis mengikut hukum penggunaannya? Jika saya berhasrat untuk menjemput pegawai DBP Kuching untuk memberi kursus tatabahasa di Bintulu, macam mana caranya? | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. Untuk tujuan tersebut sila hubungi DBP Cawangan Sarawak di talian 082-444711/444712. | Tatabahasa | 31.01.2010 |
Assalamualaikum, Bahasa TETAW itu bahasa apa ya? Saya lihat dalam PRPM ada terakam kata-kata yang berasal daripada bahasa tersebut. | Bahasa Tetaw dituturkan oleh etnik Tetaw yang mendiami kawasan Tatau di Bintulu, Sarawak. | Penyelidikan | 04.04.2017 |