ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5 | Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit. | Lain-lain | 06.07.2009 |
apakah biodata rejab F.I dan sumbangan serta antologi puisinya | Salam. Terima kasih atas pertanyaan sdr. Bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang penulis Rejab F.I., silalah rujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga, terbitan DBP 2005. Selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 23.03.2009 |
Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib. | Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005 | Lain-lain | 23.09.2007 |
Saya memerlukan biodata tentang M Rashid Tadu. | Biodata lengkap tentang Ahmad Rashid Talu (bukan M Rashid Tadu seperti soalan diajukan) boleh di rujuk pada buku "Kajian dan Karya Lengkap Ahmad Rashid Talu - Jilid I" (Penyelenggara Rosnah Baharuddin) terbitan DBP, Kuala Lumpur, 2006, berharga RM45.00. Buku tersebut boleh dirujuk di semua perpustakaan seluruh Malaysia atau boleh dbeli di Kedai Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.09.2007 |
saya ingin mendapatkan sedikit biodata A. Samad Ahmad, penyelenggara "Hikayat Amir Hamzah" yang telah diterbitkan oleh DBP. | Biodata lengkap A. Samad Ahmad boleh dirujuk pada buku BIOGRAFI PENULIS WAJAH (EDISI KETIGA) - (m/surat 28 - 34), terbitan DBP, 2005 di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri di Malaysia. | Lain-lain | 02.08.2007 |
Ingin tanya tentang biodata pengarang novel kanak-kanak iaitu Haniza Hashim. | Saudara boleh merujuk senarai buku Haniza Hashim untuk mendapat maklumat biodata beliau. Terima kasih Izinkan kusentuh hatimu | | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1995 |
Sayonara Tuk Malim | Haniza Hashim | Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. | 1998 |
| Lain-lain | 29.04.2008 |
Saya ingin maklumat biodata tentang ZAIHASRA ( Zaiton Abdullah) dan Zurinah Hassan. Selain itu, bolehkah saya mendapatkan dua buah sajak yang banyak menggunakan simbol dan lambang dalam penulisan mereka. | Sdr. boleh merujuk dan mendapatkan biodata/maklumat tentang Zurinah Hassan dan Zaihasra (Zaiton Abdullah) melalui buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP 2005. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau merujuk di perpustakaan iaitu Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Di perpustakaan, sdr. boleh merujuk sajak Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh" terbitan DBP yang berjudul Karya Pemenang Hadiah Sastera 1974-76. Juga sajak Zurinah Hassan berjudul "Kuali Hitam" yang mengandungi simbol atau perlambangan. | Lain-lain | 04.09.2008 |
1.Bagaimanakah saya ingin mendapatkan biodata pengarang Saadiah Ibrahim, penulis buku kumpulan cerpen Hati Perempuan yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2007? 2.Bagaimana pula boleh saya menghubungi beliau kerana saya perlu menemuduganya? | Sdr. boleh mendapatkan biodata penulis Saadiah Ibrahim melalui pejabat DBP Wilayah Selatan, No. 1 & 3, Jalan Susur Dato' Mohd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Penerbitan buku kumpulan cerpen "Hati Permpuan" karya beliau adalah di bawah projek pejabat DBP Wilayah Selatan. No. talian am yang sdr boleh hubungi ialah 07-2365855 atau faks: 07-2358686. Antara pegawai pejabat DBP Wilayah Selatan yang boleh sdr. hubungi ialah Sdr. Rusdi Abd Rahman (no. tel: 07-2358802, E-mel: rar@dbp.gov.my). Sekian , terima kasih. Salam. | Lain-lain | 06.09.2008 |
1. Senarai anugerah dan pencapaian Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. 2. Biodata penuh Datuk A. Samad Said. 3. Sejarah permulaan Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. | Senarai anugerah, biodata, pencapaian dan sejarah permulaan Datuk A. Samad Said dalam bidang kewartawanan/penulisan boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.03.2008 |
assalamua'laikum... saya nur hafizah dari UPSI..boleh tak saya nak minta biodata dan sumbangan shahrunizam abdul talib... hal ini kerana saya di minta oleh pensyarah mengkaji sajak beliau iaitu "di dada mereka ada khalid" dalam buku anak global.. saya perlukan biodata dan sumbangannya untuk dimasukkan dalam tugasan ni.. | Dukacita dimaklumkan pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. | Lain-lain | 07.03.2010 |