Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.di.ver.si.ti] | بيوديۏرسيتي

Definisi : kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadi mereka: Sarawak merupakan salah satu tempat di dunia yg memiliki ~ tertinggi;berbiodiversiti mempunyai biodiversiti: batu karang merupakan suatu ekosistem marin yg ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.di.ver.si.ti] | بيوديۏرسيتي

Definisi : kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dlm persekitaran semula jadinya: Sarawak ialah tempat yg memiliki ~ yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biodiversiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan frasa yang mana betul. 1. mengelaskan biodiversiti kepada dua kumpulan. 2. mengelaskan biodiversiti pada dua kumpulan. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "mengelaskan biodiversiti kepada dua kumpulan".Tatabahasa27.07.2012
biodiversity meaning'Biodiversity' dalam bahasa Melayu di eja 'Biodiversiti'. Mengikut kamus Dewan Edisi keempat, maksud 'Biodiversiti' ialah kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, dalam istilah perhutanan, 'biodiversiti' merujuk kepada kepelbagaian hayat. Harap maklum.Makna28.12.2006
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemaahkan penyataan di bawah ke dalam bahasa Melayu. "Unravelling Biodiversity for Future Generation" Terima kasih.Biodiversiti Penguraian untuk Generasi Masa HadapanPenyemakan dan penterjemahan29.05.2014
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih.VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara.

MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara.
Lain-lain22.11.2017

Kembali ke atas