Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ro.kra.si] | بيروکراسي

Definisi : 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ro.kra.si] | بيروکراسي

Definisi : 1 sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. 2 cara pemerintahan yg sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan. 3 cara pentadbiran yg banyak melibatkan peringkat dan peraturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata birokrasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;

Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL.

Makna01.11.2008
(1)Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia kini untuk mengatasi karenah birokrasi dalam organisasi awam. (2)Punca-punca berlakunya karenah birokrasi dalam organisasi awam di malaysia.Untuk menjawab soalan ini saudara bolehlah merujuk makalah atau bahan penulisan tentang perkara ini dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau merujuk buku-buku yang ada di pasaran.   Lain-lain18.09.2008

Kembali ke atas