Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. --------- | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 30.06.2010 |
Yang manakah betul? 1. baju yang biru itu/ baju biru itu, banglo yang tinggi itu/ banglo tinggi itu, budak yang rajin itu/ budak rajin itu, gadis yang cantik itu/gadis cantik itu. ( Bilakah 'yang ' boleh digugurkan apabila memberikan keterangan lanjut untuk frasa nama?) | 'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 'Yang' boleh digugurkan dalam ayat tunggal tetapi dalam ayat pancangan keterangan kata 'yang' tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
saya suka baju biru /saya suka baju berwarna biru. kedua-dua ayat ini betul? Bilakan perkataan berwarna mesti digunakan? terima kasih. | Kedua-dua ayat betul, perkataan berwarna lazimnya digunakan apabila hendak menegaskan sesuatu. Contohnya baju yang berwarna biru itu saya punya. | Tatabahasa | 04.08.2013 |
tuan yang manakah betul..Saya dan Mawar dari kumpulan biru atau Saya dan Mawar daripada kumpulan biru. terima kasih | Saya dan Mawar daripada kumpulan biru. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Ayat mana yang lebih tepat: saya menulis menggunakan pen biru. ATAU saya menulis menggunakan pen berdakwat biru. | Lazimnya warna pen menandakan warna dakwatnya, maka ayat "saya menulis menggunakan pen biru" adalah betul. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Tuan, Kamu ingin baju berwarna merah atau baju berwarna biru? ATAU Kamu ingin baju berwarna merah atau biru? Manakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah Kamu inginkan baju berwarna merah atau biru? | Tatabahasa | 05.08.2010 |
agak kebiru-biruan.(BETULKAH AYAT INI?) | kebiru-biruan ... Perkataan agak tidak perlu dimasukkan kerana kebiru-biruan bermaksud agak biru; seakan-akan biru. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Apakah pola ayat di bawah? Kasut itu berwarna biru. A) Frasa Nama + Frasa Adjektif B) Frasa Nama + Frasa Kerja | Pola ayat Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. | Tatabahasa | 25.01.2011 |
apakah makna "lazuardi" | Lazuardi memberikan dua definisi yang berbeza. Pertama, sj galian berwarna biru tua yang terdiri terutama drp lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. Kedua, warna biru tua seperti lazuardi. T. kasih. | Makna | 12.07.2008 |