Saya ingin kepastian sebutan pinjaman Bahasa Arab konsonan rangkap yang bermula dengan "th".Adakah sebutannya berbunyi "sa"? Contohnya perkataan thahta. | Konsonan rangkap "th" ialah padanan huruf ث dalam Rumi. Dalam ejaan umum bahasa Melayu huruf tersebut diselaraskan kepada huruf yang selaras bunyinya dalam tulisan Rumi, iaitu huruf "s" dan dibunyikan dengan huruf "s" tersebut seperti dalam ejaan Isnin dan Selasa. Walau bagaimanapun pedoman ini terkecuali bagi perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam, maka hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. contohnya, "thabit" tetap dibunyikan tha (ث ) dalam istilah agama. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Apakah terjemahan yang betul bagi ayat berikut: Quoted words, phrases, and sentences run into the text are enclosed in double quotation marks. (Note that in the fields of linguistics and philosophy single marks are used in certain contexts to enclose individual words or letters; ) Single quotation marks enclose quotations within quotations; double marks, quotations within these; and so on: "Don't be absurd!" said Henry. "To say that 'I mean what I say' is the same as 'I say what I mean' is to be as confused as Alice at the Mad Hatter's tea party. You remember what the Hatter said to her: 'Not the same thing a bit! Why you might just as well say that "I see what I eat" is the same thing as "I eat what I see" ! ' " British practice i often, though not always, the reverse: single marks are used first, then double, and so on. | Untuk makluman, pertanyaan puan di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa sedia membantu pengguna menangani masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, istilah, laras bahasa dan tatabahasa. | Lain-lain | 12.03.2012 |