Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[blaus] | بلاءوس

Definisi : baju pendek wanita, panjangnya hingga ke pinggang atau lebih panjang lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blaus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasihPemenggalan kata untuk blaus ialah bla.us dan gaun pula ga.un. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan vokal berganding.Tatabahasa23.09.2020
Salam sejahtera, saya pernah bertanyakan soalan sama namun tiada respons. Saya ingin tahu apakah pemenggalan kata untuk perkataan blaus, dan gaun yang betul? Adakah blaus dipenggal bla-us atau blaus? dan ga-un atau gaun? Juga, adakah kedua-dua perkataan ini dikategorikan sbgai vokal berganding? Harap pihak dbp dapat menyelesaikan kekeliruan ini. Terima kasihPemenggalan kata adalah seperti yang berikut: bla.us dan ga.un. Kedua-dua contoh perkataan tersebut ialah vokal berganding. Tatabahasa05.10.2020
Adakah ayat ini betul: Dia memakai blaus denim muslimah rona biru tua.Cadangan ayat yang dikemukakan adalah betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. Tatabahasa02.06.2021
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.

Jawapan yang betul ialah:

1. Ibu membeli satu setengah kilogram buah langsat.

2. Kakak menggunakan satu setengah meter kain untuk membuat blaus.

3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.

4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Lain-lain11.01.2024
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009

Kembali ke atas