Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blockchain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan terdekat atau sesuai untuk istilah "cryptocurrency" dan "blockchain"? Terima kasih atas bantuan.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah cryptocurrency ialah kriptowang/mata wang kripto, dan istilah blockchain pula ialah blok rantai.Istilah05.03.2018
Apakah istilah bahasa Melayu dalam bidang teknologi bagi perkataan Society 5.0, Internet of Things (IoT), blockchain, human centred dan technology basedBerikut merupakan padanan untuk istilah yang berkaitan dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

        - Society 5.0:  Masyarakat 5.0
        - Internet of Things: Internet benda
        - Blockchain: blok rantai
        - human centred: Pusat Kemanusiaan
        - technology based: berasaskan teknologi



Penyemakan dan penterjemahan05.09.2019
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021

Kembali ke atas