Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? | Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih | Istilah | 24.03.2009 |
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih. | Yang paling sesuai ialah: 1. blog 2. penulis blog 3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog. | Tatabahasa | 07.05.2009 |
apakah terjemahan paling tepat bagi 'blog posting' ? | Tidak ada istilah khusus untuk blog posting. Dalam bidang teknologi maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah blog ialah blog, dan padanan bahasa Melayu untuk istilah posting ialah kiriman. | Istilah | 06.04.2011 |
Adakah makna perkataan 'blog' dan adakah perkataan 'blog' sudah dimasukkan di dalam mana-mana kamus terbitan DBP setakat 2007 | perkataan ini belum dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 21.04.2008 |
Daie Blogger Ejaan tepat bagi perkataan di atas ialah apa? | Perkataan Daie Blogger tidak ada dalam sumber rujukan kami. Padanan blogger ialah penulis blog dan penulis blog menulis untuk pelbagai matlamat dan kecenderungan. Ada penulis blog yang lebih cenderung menulis pengalaman sendiri dan ramai juga yang menulis dengan niat berdakwah melalui medium tersebut. | Istilah | 22.10.2011 |
Bolehkah istilah "blogwan" diterima sebagai terjemahan kepada "blogger" selain daripada penulis blog dan pemblog? Ia membawa maksud bahawa orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Ia berdasarkan ciri-ciri yang serupa, misalnya wartawan dan karyawan. | Padanan blogger yang ada ialah penulis blog. Belum ada padanan lain yang merujuk orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Hal ini akan kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapannya nanti. | Istilah | 22.12.2011 |
blog - istilah dalam BM | blog | Istilah | 23.02.2009 |
Bagaimana menulis nama blog. Contoh: Saya letakkan seruan itu dalam laman web saya, Minda Jutawan (mindajutawan.com). Adakah perlu diitalikkan 'Minda Jutawan' itu? | Penulisan blog bergantung pada cara penulisan yang telah ditentukan oleh sistem, misalnya mindajutawan.com. Walau bagaimanapun, dari segi tatabahasa Minda Jutawan hendaklah ditulis terpisah dengan awalan huruf besar bagi menunjukkan nama atau tajuk blog. | Lain-lain | 08.11.2011 |
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan? | Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih. | Lain-lain | 18.04.2008 |
Adakah perkataan "blog" terdapat dalam bahasa Melayu? jika ada, apakah ejaan yang betul? Terima kasih. | Saudara Ahmad, Kata blog merupakan istilah baru dan boleh diterima dalam bahasa Melayu kerana istilah ini sudah digunakan secara meluas oleh masyarakat. | Istilah | 08.10.2012 |