Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[blok] | بلوک

Definisi : gabungan (negara, parti, dll) yg sama kepentingannya dan yg bertindak ke atas isu tertentu: kedua-dua negara yg berselisih itu bersabit dgn ~-~ dunia; perselisihan antara ~ Barat dan ~ komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : bongkah kayu, logam atau bahan lain yg mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan utk mencetak atau mengecap kulit buku dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1. bangunan besar yg di dalamnya terdapat beberapa unit rumah, pejabat, asrama, kedai dsb dibina secara bertingkat-tingkat atau berderetan: hampir semua penghuni di ~ 135 telah pun lena dibuai mimpi; 2. Id daerah perumahan (bahagian) kampung (kota dll); 3. Id gulungan kain, kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[blok] | بلوک

Definisi : 1 bongkah atau ketul kayu, batu dsb yg agak besar. 2 kepingan kayu atau logam berukir yg digunakan utk mencetak. 3 deretan beberapa buah rumah yg bersambung. 4 bahagian drpd sesuatu kawasan (kampung dsb) yg dipisahkan oleh jalan. 5 gulungan kain. 6 persatuan beberapa buah negara (parti politik dsb) supaya menjadi lebih kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blok

Peribahasa

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Kami ingin memohon jasa baik pihak tuan bagi menyemak atau memberi apa-apa ulasan/nasihat (dari segi bahasa / istilah / susunan perkataan) berkenaan nama-nama cadangan untuk dua blok bangunan dalam satu projek yang sedang dibangunkan di Kota Damansara. Dua blok tersebut adalah sebuah pusat membeli-belah dan sebuah menara pejabat. Nama cadangan bagi blok-blok tersebut adalah seperti berikut: Blok 1: Pusat membeli belah Nama cadangan: Pusat Membeli Belah Tropicana Blok 2: Menara pejabat Nama cadangan: Menara Pejabat Tropicana Untuk maklumat pihak tuan, nama pemaju bagi projek berkenaan ialah Tropicana Indah Sdn Bhd. Kami berharap pihak tuan dapat memberi nasihat yang sewajarnya. Sekian terima kasih.Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: KONDOMINIUM TROPICANA INDAH, PUSAT BELI-BELAH TROPICANA INDAH, MENARA TROPICANA INDAH.  

Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL sekiranya memohon kelulusan daripada DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.
Tatabahasa11.06.2019
Pertukaran bilik, Blok C, Bilik 13 Ke Blok D, Bilik 10.Dari Bilik 13, Blok C ke Bilik 10, Blok D.Istilah25.05.2011
Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. Ayat tersebut terdiri drpd frasa nama dan frasa apa? TqFrasa "masih dalam proses pembinaan" merupakan frasa kerja.Tatabahasa06.11.2013
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan.Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.03.2010
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan,

Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 

Lain-lain27.10.2016
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih.Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat.Makna04.03.2009
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih.

Saudara,

Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut:

i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang.

ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat.

Tatabahasa09.09.2009
Saudara/Saudari mohon semak penggunaan ayat seperti surat dibawah: Prof Madya Dr Siti Halijjah Shariff Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis) Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Prof Madya Dr, PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr adalah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014. 3. Semoga dengan pelantikan ini Prof Madya Dr dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang. 4. Diharapkan Prof Madya Dr dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya. Sekian, terima kasih.1. Prof Madya Dr. Siti Halijjah Shariff, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPSis), Universiti Teknologi MARA Blok 8, INTEKMA Convention Centre Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor. Prof. Madya Dr., PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI BAGI JAWATANKUASA AUDIT DARIPADA MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA) INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH (IPSis). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prof Madya Dr. dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit MQA Institut Pengajian Siswazah. Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 April 2014.
3. Semoga dengan pelantikan ini Prof. Madya Dr. dapat memastikan persiapan sebelum, semasa dan selepas Audit daripada MQA dijalankan dengan baik dan cemerlang.
4. Diharapkan Prof. Madya Dr. dapat menerima amanah yang dipertanggungjawabkan dan berkhidmat demi kelestarian UiTM khasnya.
Tatabahasa29.04.2014
Membekal dan Memasang Enam (6) unit tangki FRP 880 Gelen untuk Dua(2) Blok Sekolah Bangunan Empat(4) Tingkat. Adakah maksud di atas 6 unit tangki berkapasiti 880gelen atau ianya bermaksud jumlah 6 unit bersamaan dengan 880 gelen.Maksud bagi ayat tersebut ialah 6 unit tangki berkapasiti 880gelen seunit.Makna15.03.2010
1. Apakah procedure untuk signage approval? 2. Apakah dokumen yang perlu dibawa? 3. Apakah nama Kaunter atau blok untuk urusan signage approval? 4. Waktu urusniaga kaunter?

Ssaudara/ saudari boleh fakskan iklan kepada kami atau datang ke tingkat 25, Menara DBP. Petugas akan mengesahkan iklan saudara/ saudari. Dokumen yang diperlukan ialah visual yang hendak disahkan.

Lain-lain02.03.2010
123

Kembali ke atas