Tuan, adakah penggunaan perkataan 'bocor' ini betul? "Buah epal itu tercicir di atas jlan kerana plastiknya bocor" aekiranya perkataan 'bocor ' salah apakah perkataan yang dapat menggantikannya.. | Bocor bermaksud berlubang hingga air atau angin dapat tembus. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah pecah. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Dakwat itu tidak boleh digunakan lagi kerana botolnya sudah BOCOR. Adakah penggunaan perkataan 'bocor' tersebut betul atau tidak? Kalau tidak, apakah jawapan yang lebih sesuai? | Bocor tidak sesuai digunakan untuk botol. Botol ialah bekas daripada kaca. Cadangan kami, botol sudah pecah. | Tatabahasa | 01.03.2010 |
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat". | Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2007 |
Nek Miah sedang ___air hujan menitik dari atap rumahnya yang bocor menggunakan baldi. B menadah C menampung (munsyi, apakah jawaban yang sesuai, TK.) | Menadah. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |