bodoh sombong | bodoh dan degil (kamus peribahasa) | Lain-lain | 18.04.2007 |
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih. | Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh. | Makna | 10.07.2012 |
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu? | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Apakah maksud peribahasa alang bodoh, menanggung rasuk? Terima Kasih. | Frasa "alang bodoh, menanggung rasuk" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Apakah benar frasa ini adalah peribahasa kerana tidak ada dalam senarai Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 21.08.2011 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang apakah maksud bagi perkataan bodoh dan dungu? Adakah ia membawa maksud yang sama atau tidak? Jika ya, boleh berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan ini? Terima kasih! | Merujuk Kamus Dewan, frasa "Bodoh" dan "Dungu" mempunyai maksud yang sama, iaitu sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol. | Lain-lain | 05.06.2024 |
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh | Peribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
Apakah maksud peribahasa "kerbau dicucuk hidung"? | Maksudny, orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain. | Makna | 01.11.2009 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2017 |
maksud perkataan nian | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud nian ialah terlalu sangat, amat, benar, sungguh: bodoh ~ orang itu; 2. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 01.07.2008 |
Habib Ali Al Murtabari Martabatkn bhasa mlayu kpla hangguk la. Dbp ni bnyk mnjahanamkn bhasa dn tulisan mlayu sbnarnya. Contoh 'swafoto'. Main sdp korang je nk cipta prkataan. Bodoh. | Sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. | Lain-lain | 15.12.2016 |