| Salam sejahtera. Minta penjelasan daripada tuan/puan. Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Pilih perkataan seerti bagi bohong. a. benar b. betul c.salah Adakah jawapan benar dan betul boleh diterima? Terima kasih | Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 22.04.2015 |
| Salam sejahtera. Minta penjelasan daripada tuan/puan. Ahmad ditegur oleh guru kerana dia bercakap bohong. Pilih perkataan berlawan bagi bohong. a. benar b. betul c.salah Adakah jawapan benar dan betul boleh diterima? Terima kasih | Benar dan betul, kedua-duanya sama makna. Walau bagaimanapun jika hanya satu jawapan yang diperlukan, benar ialah perkataan yang paling tepat kerana pada kelazimannya ungkapan bercakap benar yang digunakan. | Tatabahasa | 23.04.2015 |
| saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan ya dan benar dalam ayat. contoh ayat mana yang tepat. 1. Memang ya, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. atau : 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. | Ayat yang kedua lebih tepat. 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. | Tatabahasa | 02.11.2015 |
| Memang .........., saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. A. ya B. tidak C. benar D. bukan Yang mana satu jawapannya? ya/benar ...minta pencerahan pihak dbp | Jawapan: Memang benar/ya, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. Untuk makluman kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama, iaitu kata untuk mengatakan betul atau sungguh.
| Tatabahasa | 04.11.2015 |
| lampiran | Salam sejahtera, Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kebohongan ialah hal atau sesuatu yang bohong manakala pembohongan pula ialah perbuatan membohongi atau membohongkan. Saya sertakan contoh penggunaan daripada data korpus DBP untuk rujukan: kebohongan 1. ...lelaki itu membongkar kebohongan manusia dalam kehidupan secara sinis. 2. ...ditambah dengan hal-hal yang tidak pernah terjadi, atau dipenuhi dengan kepalsuan dan kebohongan. 3. Segala tipu muslihat, kebohongan dan sebagainya digunakan. pembohongan 1. ... tergamak melakukan pembohongan hanya untuk menghalalkan serangannya itu. 2. Dia bertaubat dan sedar atas kesilapan dia kerana sudah terlalu banyak pembohongan yang dilakukan membuatkan kami marah. 3. ...mereka tidak henti-henti membuat pembohongan berhubung isu itu... Kejujuran pula membawa maksud sifat jujur, iaitu bebas daripada pura-pura atau tipu daya.
| Makna | 25.01.2025 |
| Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut. Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
| Yang mana betul. percaya bahawa atau mempercayai bahawa.apakah alasannya | Kedua-dua "percaya bahawa" dan "mempercayai" adalah betul dan boleh digunakan. Contohnya; 1. Ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan kematian. 2. Saya tidak akan mempercayai orang yang suka bercakap bohong. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
| Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
| Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ | Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit. Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar. Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. | Tatabahasa | 30.01.2008 |
| Salam sejahtera, Dalam ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan imbuhan yang lebih sesuai membohong/berbohong? Bagaimana untuk membezakan penggunaan kedua-duanya? "Jika dia masih membohong/berbohong untuk menyara keluarganya, dia mungkin masih dapat mengekalkan pekerjaannya. Tetapi jika dia enggan membohong/berbohong, dia mungkin akan kehilangan pekerjaannya." | Maksud berbohong dan membohong ialah bercakap bohong, berdusta, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberi. | Tatabahasa | 22.05.2010 |