Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan antara dua pasukan yg terdiri drpd 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yg mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan bola di padang dgn cara menyepak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan menyepak bola antara dua pasukan dgn cara dan syarat tertentu dan pemain dikehendaki menyepak bola ke dlm gol lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepak
Kata Terbitan : menyepak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul:- Kejohanan Bola Sepak MSSM Kali Ke 3 atau Kejohanan Bola Sepak MSSM Ketiga atau Kejohanan Bola Sepak MSSM Ke-3

Frasa yang betul ialah Kejohanan Bola Sepak MSSM Kali Ke-3 /Kejohanan Bola Sepak MSSM Ke-3. Penggunaan 'kali' hanya untuk menekankan 'ketiga' sahaja.

Tatabahasa19.10.2010
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011
Salam, apakah istilah yang betul antara berikut? 1. perlawanan bola sepak persahabatan; 2. perlawanan persahabatan bola sepak. Sekian terima kasih.Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak persahabatan.Tatabahasa14.05.2013
bola sepakbola sepakEjaan19.09.2011
"Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus," kata Cikgu Zubir kepada pemain-pemain bola sepak sekolahnya. Bolehkah saya tanya, ayat tersebut mana satu bahagian ialah subjek, mana satu bahagian ialah predikat? terima kasih

Bahagian subjek dan predikat dalam ayat “ Pada hari esok, tiada latihan bola sepak kerana saya akan pergi berkursus,” adalah seperti berikut:

 

Subjek: “tiada latihan bola sepak

 

Predikat: “kerana saya akan pergi berkursus”


Tatabahasa21.07.2025
Pilih soalan kepada jawapan yang diberikan. Ali pergi ke padang untuk bermain bola sepak. A. Di manakah Ali bermain bola sepak? B. Ke manakah Ali pergi? *Mana jawapan lebih tepat? Mengapa?zerranira, Di manakah Ali bermain bola sepak? inilah jawapan yang betul mengikut tatabahasanya.Tatabahasa06.03.2007
Salam. Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah kesalahannya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Setiap pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali.
Pemain merujuk kepada orang yang bermain bola sepak.  Tidak perlu pengulangan.
Tatabahasa30.07.2022
Apakah maksud derby (perlawanan bola sepak antara dua pasukan bola sepak yang berasal dari sebuah kawasan yang sama) dalam Bahas Malaysia?Dalam bidang Kesenian derby rib diterjemahkan kepada rib derbi, namun terjemahan tersebut tidak menggambarkan maksud yang tuan berikan. Bagi memberi faham kepada orang awam, kami mencadangkan huraian bagi perkataan tersebut digunakan.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2015
Antara berikut yang manakah menepati hukum bahasa?perlawanan bola sepak atau perlawanan sepak bola?1. Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak.Lain-lain17.12.2015
Adakah tajuk ini tepat: 1. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras: Menggalur Budaya Kepenyokongan Malaysia Bola Sepak Atau 2. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras Menggalur Budaya Kepenyokongan Bola Sepak MalaysiaAyat yang betul ialah "Daripada Kelab Penyokong kepada Ultras: Menggalur Budaya Penyokongan Bola Sepak Malaysia." 

Kata sendi "kepada" hendaklah dieja menggunakan huruf kecil.
Tatabahasa11.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas