ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih. | Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll); | Makna | 21.10.2009 |
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. | Salam sejahtera, Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut. Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya. | Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |