bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tanda | Ayat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRI | Lain-lain | 23.11.2016 |
Salam, Bole sy tahu bagaiman auntuk saya menghantar dokumen lampiran untuk pengesahan bahasa kerana sy tidak menemui tab untuk iklan baru di halaman pengesahan bahasa. diharap pihak tuan dapat membantu sy secepat mungkin. Terima kasih | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan, masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan. | Lain-lain | 23.11.2017 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |
akum. bole saya dptkan apakah ciri-ciri kesantunan berbahasa? | Sdr bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan. Contohnya buku Prof Dr Awang Sariyan, Prof. Asmah Hj Omar dll. | Lain-lain | 06.08.2007 |
saya tak bole daftar..tak tahu apa masalah | Bagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.02.2017 |
Abdullah Zawawi Wahab Jul 7th, 1:14pm salam..sy staff majlis perbandaran kota bharu..sy d tugaskan bahagian tulisan jawi..jd kalau bole sy nak th dgn siapa sy bole berhubung jika saya ada kemusykilan tulisan jawi..melayu kpd jawi ok...yg pening english kpd jawi | Tuan boleh menyemak tulisan Jawi melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my atau jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Nasihat Bahasa melalui talian 03-21479400/9500/9600. Tuan juga boleh mengemukakan pertanyaan melalui domain Khidmat Nasihat DBP di laman web kami. | Lain-lain | 07.07.2015 |
assalamualaikum bagaimana saya bole dapatkan artikel surat khabar dan majalah yang terdapat dalam laman web dbp?puas mencari tapi tak jumpa. sbb saya pernah terjumpa tetapi dah lupa. tq | Sila klik pada ruangan DBP Dalam Media untuk mendapatkan artikel surat khabar berkaitan DBP. | Lain-lain | 04.08.2007 |
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelah | Pertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak. Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.10.2012 |
Harus Jujur Aug 14th, 5:44pm Maaf..saya ada soalan..bole saya tahu, adakah bahasa pendidikan melayu di malaysia sama seperti bahasa melayu pendidikan di singapura?..sbb saya ada dpt contoh dari pelajar di malaysia(sepupu) tentang ejaan bahasa melayu yg betul..kerana muskil saya bertanya di lelaman ini..jutaan terima kasih. | Sistem bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah sama. Malahan Singapura juga menjadi pemerhati dalam Sidang MABBIM, iaitu Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia. Walaupun begitu aspek budaya antara kedua-dua negara tidaklah sama seratus peratus. Hal ini memberikan kesan kepada aspek sosiolinguistik dalam bahasa tersebut. | Lain-lain | 14.08.2015 |
Muhammad Firdaus Norzamal Jul 22nd, 6:40pm nak tanye pasal kamus dewan bole? | Assalamualaikum Encik Muhammad, Boleh. Silalah bertanya. | Lain-lain | 22.07.2014 |