| Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Salam sejahtera...saya ingin bertanya adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
| Salam sejahtera, mengapakah saya tidak boleh mengakses laman rasmi Korpus DBP ini? | Laman rasmi Korpus DBP kini sudah boleh diakses. Puan boleh mencuba sekali lagi untuk mengakses laman tersebut. | Lain-lain | 16.05.2025 |
| Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan? | Salam puan yang budiman, Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.07.2025 |
| Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
| Boleh saya tahu, jumlah bilangan daftar kata terkini dalam kamus dewan perdana ? | Untuk makluman, kata entri dan subentri yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) berjumlah kira-kira 120 ribu. | Lain-lain | 12.10.2025 |
| Boleh saya tahu rujukan terbaik dari terbitan DBP untuk merujuk berkaitan konsep binaan plot dan struktur cerita? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 04.09.2025 |
| Boleh bagi penerangan antara tatakelola dan karenah birokrasi | Tatakelola atau tadbir urus bermaksud pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yg ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan. Kerenah birokrasi pula bermaksud proses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang terpaksa melalui pelbagai peringkat kelulusan dan mengambil masa yang sangat lama, sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my.
| Makna | 19.08.2025 |
| Boleh kah saya menggunakan perkataan "Di tepian air" bagi "Exclusive waterfront living" dan juga penggunaan "keluarga kecil yang sedang berkembang" bagi penggunaan "growing families" Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: (a) Exclusive waterfront living - Kediaman eksklusif di tepian air. (b) Growing Families - Keluarga yang semakin berkembang. | Lain-lain | 05.08.2025 |