Adakah frasa 'dapat dikenakan bayaran dengan betul' suatu terjemahan yang tepat bagi istilah 'properly chargeable'? Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah boleh caj /boleh dikenakan caj dengan betul. | Istilah | 15.04.2009 |
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul. | Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds". | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya. Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat. | Ejaan | 24.04.2018 |
Bagaimana cara untuk membuat semakan bahasa di DBP. Berapakah cas yang dikenakan dan cas dikenakan berdasarkan apa; muka surat atau jumlah perkataan? | Tuan boleh menghantar bahan yang ingin disemak berserta surat rasmi kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Bahan juga boleh dihantar melalui e-mel kepada azahari@dbp.gov.my. Berkenaan dengan kadar bayaran, pihak tuan boleh berbincang dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan kemudian. | Lain-lain | 08.08.2016 |
Ramzi Ahmad Blh bagi contoh maksud "Penggunaan Bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam Bahasa Melayu"? Apakah ada usaha kerjasama antara Majlis Perbandaran dengan pihak DBP setakat ini? Memandangkan campuran dwi bahasa digunakan dalam papan iklan? Jika tiada penguatkuasaan sy yakin Bahasa Melayu akan terus dirojakan.. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dialu-alukan dan dihargai. Semua jenis iklan perniagaan di setiap negeri di Malaysia tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2009. Garis Panduan ini menetapkan setiap papan iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Perkataan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain. Malah penggunaan bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Khusus untuk papan iklan premis perniagaan pula, Jabatan Kerajaan Tempatan mengeluarkan pekeliling tentang “Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan”. Garis panduan ini jelas turut menetapkan keterangan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan yang mesti mengutamakan bahasa kebangsaan dari segi saiz, warna dan kedudukan. Baik Undang-undang Kecil Iklan PBT atau garis panduan, secara teorinya, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan semata-mata atau jika terdapat dwibahasa, bahasa kebangsaan mesti diutamakan. Namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya; penggunaan bahasa kebangsaan dicampur aduk dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Malah terdapat iklan yang meletakkan bahasa kebangsaan di bawah perkataan bahasa lain, selain saiz huruf bahasa kebangsaan kecil dan tidak jelas. Justeru, pihak yang meluluskan lesen pemasangan papan iklan, iaitu PBT seharusnya serius dan komited dalam mematuhi garis panduan iklan yang dikuatkuasakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan PBT masing-masing. Kerjasama antara PBT dan DBP perlu dibentuk dan sewajarnya melibatkan DBP dalam kelulusan lesen pemasangan papan iklan. Inisiatif beberapa PBT, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mensyaratkan supaya setiap agensi pengiklanan atau syarikat perlu merujuk kepada DBP terlebih dahulu bagi melihat aspek penggunaan bahasa sebelum sesuatu iklan diluluskan perlulah dicontohi. Dalam hal ini, DBP telah pun membangunkan sistem Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (KPBDBP) untuk membantu PBT dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan. KPBDBP merupakan perkhidmatan menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam iklan, nama khas dan dokumen dan dilaksanakan dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Selain KPBDBP, DBP turut menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa, Khidmat Nasihat Sastera, Khidmat Nasihat Penerbitan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan Khidmat Nasihat Korporat DBP atau lebih dikenali sebagai Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Khidmat nasihat ini juga dilaksanakan dalam talian melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my, kunjungan/kaunter, faksimile dan e-mel. Jelaslah bahawa masalah penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan boleh ditamatkan dengan segera. Mekanisme yang sedia ada, khususnya dalam bidang undang-undang perlu dimanfaatkan. Gerakan dan tindakan bersepadu dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan atau swasta dalam penguatkuasaan hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.05.2017 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan "atas" hanya merujuk perkara yang abstrak? contohnya seperti ini: Dia bertanggungjawab atas penumpahan darah itu. Adakah boleh juga digunakan untuk sesuatu yang bukan abstrak seperti ayat ini: Hakim meringankan hukuman yang dikenakan atas pesalah tersebut. mohon penjelasan. terima kasih | Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan "atas" dalam ayat pertama adalah betul. Walau bagaimanapun, dalam ayat kedua, penggunaan "atas" adalah salah. Perkataan yang lebih tepat ialah "terhadap (Hakim meringankan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tersebut.) | Tatabahasa | 08.07.2016 |
UNTUK KELULUSAN PAPAN TANDA. | Untuk mendapatkan perkhidmatan pengesahan iklan papan tanda premis, tuan boleh mengunjungi Kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi Menara DBP KL atau Kaunter DBP wilayah dan cawangan dengan membawa bersama-sama 2 salinan visual iklan (berwarna) yang hendak disahkan dan dikenakan bayaran RM10.00. Tuan boleh juga menggunakan Perkhidmatan Dalam Talian melalui www.dbpsahbahasa.my. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan laman tersebut dan kadar bayaran yang sama dikenakan. Bukti pengesahan bahasa dalam talian diberikan dalam bentuk sijil yang dapat dicetak setelah iklan tersebut lulus. | Lain-lain | 17.04.2018 |
Assalamualakum. Boleh tak tolong jelaskan maksud 'dasar fiskal'?TQ | Dasar fiskal ialah dasar atau peraturan yang berkenaan dengan cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan. | Makna | 21.03.2007 |