A)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. A)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. B)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. | Semua ayat yang berikut A) Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. C)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. D)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel betul kerana kedua-dua kata sendi nama "di" dan "ke" dalam ayat ini di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 29.09.2018 |
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih. | 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Saya rasa semua orang mempunyai sahabat baik sendiri. Ayat ini boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima sekiranya berbentuk dialog atau percakapan, iaitu "Saya rasa semua orang mempunyai sahabat baik sendiri." | Tatabahasa | 18.05.2015 |
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Assalam tuan Adakah ayat songsang ini boleh diterima .. Kem motivasi pengawas semua pengawas sekolah telah menyertai | Ya, ayat songsang tersebut boleh diterima dengan memasukkan tanda koma dan sedikit pembetulan seperti berikut. Kem motivasi, pengawas semua sekolah telah menyertai ... | Tatabahasa | 22.03.2018 |
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima? | Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi "Ali menyertai acara meniup belon". | Tatabahasa | 23.06.2011 |
1. perkataan tertusuk dan tertikam a. Tayar kereta itu pancit kerana _____ sebatang paku yang tajam. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 2. Walaupun dan semenjak a. ______ hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 3. Siapakah yang selalu datang awal ke sekolah? a. Kami tidak tahu siapa yang selalu datang awal ke sekolah. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) 4. "Abang, saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah," kata Rajesh kepada abangnya. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. b. Abang Rajesh diberitahu oleh adiknya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Tayar kereta itu pancit kerana tertusuk sebatang paku yang tajam. 2. Walaupun hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. 3. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. 4. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Sekolah masih menggunakan ejaan seperti SUKANTARA dan OLAHRAGA dalam penulisannya.Ada bentuk tersebut boleh diterima. Boleh atau tidak frasa MINIT MESYUARAT diganti dengan PERINGATAN MESYUARAT. Mana lebih tepat. | Olahraga merupakan istilah yang betul manakala perkataan sukantara tidak terdapat dalam senarai istilah/kamus DBP. Minit mesyuarat lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll). Terima kasih. | Istilah | 14.02.2009 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih. | untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. | Tatabahasa | 25.04.2012 |