Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : pongah, sombong, angkuh: kau jangan takbur dan ~;kebongkakan perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.ka/] | بوڠکق

Definisi : berperasaan tinggi diri; sombong: Orang yg ~, walaupun pandai, tentu dibenci oleh sahabat handai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010
Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih.Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa13.09.2011
Satu perkataan yang menyifatkan "Rendah diri" atau sejenis bunga/tumbuhan yang menyifatkan demikian bagi menamakan sesebuah tamanSoalan saudara tidak jelas. Bagaimanapun, makna "rendah diri" ialah sikap seseorang yang suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya.Makna16.01.2008

Kembali ke atas