Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bor] | بور

Definisi : IB gerudi, jara, penggerek; mengebor menggerudi, menggerek lubang;pengeboran 1. perihal mengebor; 2. tempat mengebor (utk mencari minyak dlm tanah);pengebor orang yg mengebor (menggerudi), penggerudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bor] | بور

Definisi : alat yg digunakan utk mengorek lubang pd kayu dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya keliru, bagaimanakah untuk mengeja dan menyebut perkataan seperti mengambil, mengeja, mengikat, mengobor dan mengubah. Setahu saya, kata dasar yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u dibubuh imbuhan awalan meng-, jadi adakah perkataan-perkataan dieja seperti berikut: meng-am-bil atau me-ngam-bil meng-e-ja atau me-nge-ja meng-i-kat atau me-ngi-kat meng-o-bor atau me-ngo-bor meng-u-bah atau me-ngu-bah

Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan. Contohnya:

mengambil [me.ngam.bil]

mengeja [me.nge.ja]

mengikat [me.ngi.kat]

mengubah [me.ngu.bah]

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi–Sebutan–Jawi Edisi Kedua (DBP, 2016), halaman 56 – 57 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).

Tatabahasa07.11.2025

Kembali ke atas