Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ra/] | بورق

Definisi : perbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yg tidak serius atau tidak penting: dia meneruskan ~nya lagi; berborak, berborak-borak, memborak berbual(-bual) kosong, bergebang: ramai juga orang sedang ~ di situ; memborakkan bercakap besar (membongak) tentang sesuatu: dia selalu ~ kekayaannya;pemborak (orang yg) suka berborak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ra/] | بورق

Definisi : buraq. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bo.ra/] | بورق

Definisi : perbualan atau percakapan yg biasanya tidak benar dan berlarut-larut; omong kosong: Menurut ~nya, tidak ada orang yg lebih pandai drpdnya. berborak (-borak) bercakap-cakap kosong; berbual-bual sbg perintang waktu: Ketika hari hujan, banyak orang yg ~ di kedai Pak Man sambil minum kopi. memborakkan berborak ttg sesuatu: ~ kehebatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012
maksud bagi Bual Bicara?Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran.Makna23.04.2009
Berdasarkan daripada pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), kata "kecek" berasal daripada dialek negeri Kelantan yang bersinonim dengan erti "cakap", "borak" dan "celoteh". Persoalannya, kata "kecek" tergolong dalam kelas kata apa?Perkataan kecek tergolong dalam kelas kata nama. Perkataan ini menerbitkan kata kerja seperti berkecek, mengecek, mengecekkan dan terkecek.
Tatabahasa07.12.2025

Kembali ke atas