Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ré/] | بوريق

Definisi : (borék)1. berbintik-bintik putih (pd bulu ayam dll): ayam ~; 2. bopeng, capuk: muka ~; bapa ~, anak rintik prb anak itu menurut baka ayahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ré/] | بوريق

Definisi : /borék/ berbintik-bintik putih spt yg terdapat pd bulu ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borek

Peribahasa

177

As is the father so is the son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bapa borek anaknya tentu rintik

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan -tuan dan puan-puan. Saya ingin tanya bapa borek anak rintik membawa maksud yang positif ke ataupun negatif?

“Bapa borek anaknya tentu rintik”, boleh membawa maksud negatif atau positif bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat.

Contoh peribahasa ini ditunjukkan dalam ayat yang berikut:

Ani mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mentuanya sendiri pernah berkahwin empat. Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Lain-lain13.06.2023

Kembali ke atas