Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : he spoke with a confidence ~ of knowledge, dia bercakap dgn keyakinan yg berpunca drpd ilmu pengetahuan; I was not ~ yesterday, saya bukan budak mentah: you don’t fool me. I wasn’t ~ yesterday, saya tdk mudah diakali. Saya bukan budak mentah: in all o’s ~ days, (colloq) seumur, hidup sso, sepanjang /hayat, umur, hidup/ sso: I’ve never heard such a thing in all my ~ days, saya tak pernah dengar perkara spt itu sepanjang umur saya; wish one had never been ~, menyesal sso dilahirkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be ~ of so., /berbapakan, beribukan/ sso, /bapanya, ibunya/ sso: he was ~ of an English father and an Indian mother, dia berbapakan orang Inggeris dan beribukan orang India or bapanya orang Inggeris dan ibunya orang India; be ~ of st, a. (as a result of circumstances stated), /lahir, dilahirkan/ hasil sst: many of these children were ~ of prostitution, ramai antara kanak-kanak ini dilahirkan hasil pelacuran; b. (as a result of a stated activity or emotion) berpunca drpd sst: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : c. having stated name from birth, /lahir, dilahirkan/ dgn nama: she was ~ Norma Jean, dia dilahirkan dgn nama Norma Jean; d. be destined from birth, ditakdirkan: ~ to be king, ditakdirkan menjadi raja; e. come into existence, lahir: the underground movement was ~ in the early years of the war, gerakan bawah tanah itu lahir pd tahun-tahun awal peperangan; ~ and bred, dilahirkan dan dibesarkan: he was ~ and bred a Muslim, dia dilahirkan dan dibesarkan sbg orang Islam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. having specified characteristic, illness, status, circumstances, etc from birth, /lahir, dilahirkan/ /[adj], [prep], [v]/, /lahir, dilahirkan/ sbg [n]: to be ~ blind, dilahirkan buta; children who are ~ with a cleft palate, kanak-kanak yg lahir dgn lelangit rekah; he was ~a baron, dia dilahirkan sbg seorang baron; the child was ~ illigitimate and is therefore not entitled to inherit the property, anak itu lahir di luar nikah, justeru tdk boleh mewarisi harta itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj having stated quality (as if) from birth, /ada bakat, berbakat/ semula jadi; (pejorative) memang dasar: a ~ musician, pemain muzik yg ada bakat semula jadi; a ~ leader, pemimpin yg ada bakat semula jadi; a ~ liar; memang dasar penipu; vt; be ~, a. be brought forth by birth, dilahirkan, lahir: he was ~ in April 1966, dia dilahirkan pd bulan April 1966; they were both ~ and brought up in the kampong, kedua-dua mereka dilahirkan dan dibesarkan di kampung; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata born


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Pertanyaan saya pada 21/07/2021 berkaitan "Born-digital" tiada dalam rekod Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Adakah sudah ada istilah melayu yang bersesuaian dengan padanan "Born-digital". Sekian.Kami mencadangkan istilah "born-digital" diterjemahkan sebagai "asal digital". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah24.08.2021
Tuan, Perpustakaan Negara Malaysia sedang meminda Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan. Jabatan Peguam Negara tidak bersetuju menggunakan istilah Born Digital tetapi meminta takrifan diberikan dalam Bahasa Melayu yang sama maksud dengannya. Mohon pandangan tuan berkaitan terma Bahasa Melayu yang boleh digunakan, adakah "Terbitan yang wujud dalam bentuk digital" atau terma lain. Sebab "wujud dalam bentuk digital" juga boleh dimaksudkan digitalization/pendigitalan iaitu wujud dalam bentuk digital hasil dari penukaran format bahan fizikal. SekianBerdasarkan konteks penerangan tersebut, born - digital merupakan 'asal digital'.
Walau bagaimanapun, istilah ini dikategorikan dalam kelas kata adjektif yang memerlukan perkataan lain untuk membentuk istilah dalam kelas kata nama, iaitu seperti padanan yang berikut:

born-digital material - bahan asal digital
born-digital record - rekod asal digital
born-digital archive - arkib asal digital

Konsep 'pendigitalan' berbeza dengan konsep 'asal digital'. Bahan atau rekod asal berbentuk fizikal dan penukaran format dari fizikal ke digital menjadikannya satu proses 'pendigitalan'. Manakala, bahan atau rekod 'asal digital' pula sememangnya telah dijana secara digital dan hasilnya juga dalam bentuk digital tanpa perlu dicetak secara fizikal.
Lain-lain21.07.2021
Circulation and counter narrative In the Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah was born in Sungai Duyung and later, with his parents moved to Bentan, before being taken into service by the Sultan of Malacca. The exact location of Sungai Duyung is not stated in the Hikayat. There are many different claims to the possible location of Sungai Duyung, ranging from in Malacca, Riau, Tereng- ganu and Palembang (Muhammad Haji Salleh 2013. The most popular story of origin in Malaysia is that Hang Tuah was born in a Malay village called Sungai Duyong located in what is now the Central Malacca District. There is an ancient well in the village said to be dug by Hang Tuah, and more recently a heritage complex named the Hang Tuah Centre was built to further affirm Malacca’s claim to Hang Tuah’s birthplace.Piahk kami memohon maaf kerana tidak memahami apakah soalan yang ingin ditanyakan.
Untuk makluman juga, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan.
Lain-lain15.09.2016
Tuan, Arkib Negara Malaysia sedang dalam pembangunan Sistem OFA (carian bahan arkib). Salah satu jenis bahan yang dikelaskan dalam sistem ini adalah bahan yand diwujudkan secara digital seperti emel, slide powerpoint, mword dan lain-lain. Untuk makluman tuan buat masa ini, terma yang digunakan oleh ANM adalah born digital. Mohon padangan tuan berhubung terma bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi menggambarkan kriteria rekod tersebut. Sekian.Belum ada padanan born digital dalam sumber rujukan kami. Jika dalam bahasa Inggeris born digital dihuraikan sebagai relating to a document that was created and exists only in a digital format, maka frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada dokumen digital atau jika perlu diterangkan konsepnya, iaitu wujud dalam bentuk digital.Lain-lain10.05.2013
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

1.    1. Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

1.    Buku rujukan utama tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. Saudari juga boleh berbincang dengan guru/pensyarah untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

2. Cadangan padanan perkataan “Genius” berdasarkan teks yang diberi ialah tanda atau lambang.






Tatabahasa26.09.2021

Kembali ke atas