Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1. terbuka, terurai, lepas (tali yg diikatkan); 2. tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barangbarang berlebih-lebih: ia hidup terlalu joli dan ~; kalau ~ lekas kerugian prb orang yg boros itu akhirnya beroleh kesusahan; berboros berlaku boros: mereka menjaga diri drpd ~ atau berhutang;memboroskan mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dll berlebih-lebihan (dgn cara yg membazir): ia banyak ~ harta bapanya;keborosan keadaan boros, sifat boros; pemborosan perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dll);pemboros orang yg boros atau bertabiat boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ros] | بوروس

Definisi : 1 terbuka atau terurai (ttg tali yg diikatkan); lepas: Tali gasingnya ~. 2 suka membelanjakan wang secara berlebih-lebihan; tidak hemat: Orang yg ~ tidak akan menjadi kaya. memboroskan menggunakan (wang dsb) dgn berlebih-lebihan atau terlalu banyak: Anak muda itu ~ harta benda peninggalan orang tuanya. pemboros orang yg boros atau tidak hemat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boros

Peribahasa

Diperbesar isap (hisap),
     hitam bibir.

Bermaksud :

Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih.1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari boros">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros.
2. Panas daripada oven.
3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu.
Tatabahasa02.06.2012
'Menghapuskan tabiat boros' atau 'menghapuskan tabiat berboros'. Yang manakah betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Menghapuskan tabiat boros".Tatabahasa22.07.2013
Apakah lawan kata boros yang paling tepat? Jika pilihan jawapan a.jimat. b.hemah Apakah yg lebih sesuai.Lawan kata ‘boros’ ialah berdikit-dikit, ekonomi, hemat dan jimat.Makna18.08.2014
memboros masa. penggunaan 'memboros' sebegini boleh diterima?Perkataan boros tidak sesuai digunakan.Frasa yang betul ialah membazir masa.Makna16.08.2013
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Tatabahasa11.07.2008
1) Mengapakah penggunaan perkataan hemat di bawah salah?Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. - Segala hemat itu satu amalan yang baik.Hemat bermaksud tidak boros dan perkataan tesebut tidak perlu didahului dengan segala.Tatabahasa19.06.2013
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
12

Kembali ke atas